Social Icons

About BADAI


PENGENALAN BADAI




Bismillahirahmanirahim. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Allah diberikan peluang untuk saudara/saudari lebih mengenali Badan Dakwah Islamiah (BADAI) Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.
Secara amnya, badan ini ditubuhkan untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk sahsiah dan akhlak para pelajar demi melahirkan insan yg seimbang jasmani dan rohani. BADAI juga berperanan atas semua perkara berkaitan kerohanian dan spiritual pelajar.
Badan ini dinaungi oleh pengetua dan dibantu oleh para ustaz dan ustazah serta mendapat sokongan padu daripada pihak PIBG yang tidak putus-putus memberi sokongan dan bantuan. Diketuai oleh ahli jawantakuasa yang berwibawa dan bagi memastikan pengurusan kami lebih bersistematik beberapa exco telah ditubuhkan.

EXCO-EXCO

EXCO TAZKIRAH
Ø  Menyediakan bahan tazkirah yang bersesuaian untuk memberi imput kepada para pelajar dari pelbagai sumber.

EXCO USRAH
Ø  Membentuk kumpulan usrah bagi semua pelajar
Ø  Melantik Naqibah yang berkelayakan.
Ø  Menyusun aktiviti yang patut dijalankan semasa usrah berlangsung.

EXCO E-TAALIM
Ø  Merupakan gerakan dakwah melalui medium cetak dan elektronik selaras dengan kebitaraan SSP iaitu ICT.
Ø  Menerbitkan risalah BADAI dua kali setahun (AS-SHIFA)

EXCO SURAU
Ø  Menjaga kebajikan dan kebersihan surau dan memastikan semua alatan berada dalam keadaan baik.

EXCO TASNIM
Ø  Bertanggungjawab dalam pemilihan ahli tunas BADAI yang terdiri daripada pelajar tingkatn 1 hingga 3.
Ø  Melatih ahli tunas BADAI dalam pelbagai tugasab termasuklah mengadakan pertemuan khas bersama mereka untuk mendedahkan tanggungjawab sebagai ahli BADAI.

EXCO TAMRIN
Ø  Merangka dan menjayakan aktiviti-aktiviti di dalam surau mahupun di luar surau untuk para pelajar  seperti, bacaan yassin, tilawah Al-Quran, nasyid dan sebagainya.

EXCO DISIPLIN
Ø  Menjaga dan mengawal disiplin pelajar di dalam surau.
Ø  Bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya jika pelajar melakukan salah laku di dalam surau.


Sebagai Muslim , kami juga tidak terlepas daripada tanggungjawab menyebarkan dakwah dan bertarbiyah. Tugas berdakwah tidak hanya digalas oleh Rasulullah SAW dan sahabat baginda apatah lagi kita sebagai umatnya sangatlah dituntut. Oleh itu, kami berharap  dengan kewujudan badan ini mampu menjadi wahana untuk sama sama berkongsi ilmu yg dangkal ini kepada saudara/saudari. Namun begitu, ‘Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah’ dan amal tanpa ilmu juga ibarat belayar tanpa nakhoda. Untuk menjadi mukmin sejati,ayuh kita seimbangkan ilmu dan amal duniawi dan ukhrawi.
Akhir kalam,
Rasulullah bersabda, mafhumnya, ‘ Kamu bukanlah dari kalangan orang yang baik meninggalkan dunia semata-mata mencari akhirat, dan kamu juga bukan dari kalangan orang yang baik meninggalkan akhirat mengejar keduniaan semata-mata, sebaliknya hendaklah ia berusaha untuk memperoleh kedua-duanyan(dunia dan akhirat) kerana dunia itu jambatan untuk menuju akhirat, maka janganlah kamu membebankan orang lain….. ( Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Renung-renungkanlah dan selamat beramal. Ukhwah fillah J

1 coretan hati:

BADAR SASEM said...

Boleh saya bhubung dengan ketua BADAR?
Saya Syafiqah. PKB Sasem. Contact saya di fb Syafiqah Sabar :) terima kasih.