Social Icons

January 26, 2008

AL-FATIHAH


Berita Terkini

Dua orang murid Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang balik untuk bermalam pada petang Jumaat, 25 Jan 2008 telah terlibat dalam kemalangan maut di Puncak Alam, Selangor pada jam 5.30 petang. Allahyarham NOR SHUHADA IBRAHIM (Kelas 1E) telah kembali ke rahmatullah dalam kejadian berkenaan. Tragedi yang melibatkan pelanggaran antara kereta dan lori juga telah menyebabkan SDR NUR SHAHIRA (1 E) dimasukkan ke wad ICU, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Pemandu kereta yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Puan Pengetua dan suami , Penolong Kanan HEM, Setiausaha PIBG bersama-sama Y.Bhg. Datuk Kamaruddin Awang dan Datin (YDP PIBG), Y.Bhg. Dato' Abdul Malek Abdul Hamid (AJK PIBG), Pn Rogaya Abdullah (AJK PIBG) dan suami , Pn Jamilah Abd Rahman dan suami dan Pn Siti Fazilah Hambali (Warden) bergegas ke PPUM setelah dimaklumkan tentang tragedi berkenaan pada sebelah malamnya. Allahyarham NOR SHUHADA dan SDR. NUR SHAHIRA berasal dari negeri Kelantan. Jenazah Allahyarham Nor Shuhada masih lagi berada di Bilik Mayat PPUM dan akan menjalani proses bedah siasat pada pagi Sabtu. Jenazah Allahyarham akan di bawa balik ke Kelantan sebaik sahaja selesai proses post mortem. Wakil SSP dan PIBG akan turut mengiringi jenazah ke Kelantan. Upacara pengkebumian dijangka akan diadakan sebaik sahaja jenazah tiba di Ketereh, Kelantan. Warga Sekolah Seri Puteri dan PIBG SSP @ Cyberjaya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada Allahyarham dan menempatkannya dikalangan para solihin. AMIN YA RABBUL ALAMIN.

http://www.seriputeri.edu.my/



0 coretan hati: