Social Icons

January 17, 2008

DIALOG HUZHAIFAH BIN AL-YAMAN DENGAN KEMATIAN


Penyimpan rahsia Rasulullah SAW, Huzhaifah bin Al-Yaman r.a menerangkan hakikat cinta kematian bagi orang yang beramal untuk akhirat. Ia berkata di detik-detik akhir hidupnya ," hai kematian, celupkanlah celupanmu dan kuatkanlah cengkamanmu. Sebab, hatiku mencintaimu, kehidupan yang enak datang sesudahmu, dan kekasih datang pada orang yang miskin. Orang yang menyesal itu tidak beruntung. Bukankah yang ada di belakangku itu hal-hal yang sudah aku ketahui? segala puji bagi Allah yang memanggilku sebelum fitnah terjadi."

Seperti yang dijelaskan Huzhaifah bin Al-Yaman r.a, ia cinta akan kematian, sebab dia sudah tahu amalan-amalan soleh yang dikerjakan untuk akhirat dan kerana yakin seluruh kenikmatan dunia itu tidak sebanding dengan satupun kenikmatan akhirat. Kerana itu dia berkata " kehidupan yang enak akan datang setelahmu". Dia juga cinta akan kematian, sebab dia dijemput kematian sebelum datangnya hari-hari fitnah, di mana tidak seorang pun yang akan terlepas atau terselamat daripadanya....(dipetik daripada buku TAUJIH RUHIYAH PESAN-PESAN SPIRITUAL PENJERNIH HATI ..tulisan: Abdul Hamid Al-Bilali penerbit An-Nadwah)


Maka adakah kita tergolong dalam kalangan insan-insan yang mengabdikan diri kepada Allah dan menjadikan matlamat hidup yang teragung adalah menjadi hamba kepada ALLAH Sang Penguasa Alam...Ayuhlah sahabat seagamaku, sentiasalah kita mempersiapkan diri untuk menempuhi destinasi abadi di Akhirat kelak. Mati itu pasti....Cukupkah bekalan untuk membela kita nanti??? mampukah ia membantu kita untuk dihisab di mizan nanti????


Tanyailah orang-orang yang soleh mengapa mereka tidak berhibur dengan kenikmatan-kenikmatan duniawi, pasti mereka akan menjawab:
"bagaimana kami mahu bergembira sedangkan mati itu dibelakang kami, kubur itu dihadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami, dan perhatian kami hanyalah ALLAH SWT semata-mata"

Lantaran itu, jgn kita terleka dalam mentarbiyah qalbi kita agar sentiasa ingat akan janji-janji ALLAH SWT kepada hamba-hambanya...Habib Abdullah Al-Hadad mengingatkan kita dengan ujarannya yang berbunyi:

" Tumpukanlah perhatianmu pada urusan hatimu dan batinmu buktikan perkataanmu dengan amalanmu dan amalanmu dengan niat serta eikhlasmu dengan menjernihkan dalamanmu dengan memperbetulkan hatimu, kerana hati itu adalah asal dan di situlah permulaan bagi segala-galanya. Sesungguhnya Allah hanya menilai hati dan niat kamu"...000

0 coretan hati: