Social Icons

January 9, 2008


Solat Mengadu Kepada Allah Bagaimana DIRINYA Diperlukan .....

Saidina Ali Bin Abi Talib berkata: "tidak akan selamat pekerjaan umat mutakhir kecuali menteladani cara amalan umat terdahulu yang membawa kepada keselamatan". Satu daripada caranya ialah meneliti dan mempelajari hal ehwal keselamatan umat terdahulu daripada kalangan para sahabat, khususnya mengenai solat. Iaitu perkara zahir sejak dari urusan wuduk sebagai pembuka solat serta rukun dan syarat sahnya. Lebih utama lagi ialah dari segi rohaninya, khusyuk dan tawadhuk dalam solat. pergerakan hati ketika solat, sama ada lebih banyak ke arah perkara luar solat, atau tertumpu kepada bacaan solat serta pergerakan rukunnya.

Adakah hati tertumpu sepenuhnya kepada maksud bacaan sejak takbiratul ihram, diikuti rukun yang lain. adkah semakain lama ibadat itu semakin dimakbulkan oleh ALLAH SWT? Sebagaimana sabda NAbi SAW yang bermaksud " Barangsiapa yang yang mendirikan solat pada waktunya, dan mereka cermat dengan basuhan wuduknya, diikuti rukuk dan sujud yang sempurna serta khusyuknya. Diangkat ibadatnya itu ke langit dalam keadaan putih melepak, solat itu berkata, wahai ampunya solat aku berdoa kepada Allah, agar Allah menjaga kamu sebagaimana kamu menjagaku dengan sempurna dahulu".

Sebaliknya siapa yang mengerjakan solat tidak menjaga waktunya, tidak sempurna wuduk serta rukun solatnya maka tidak senpurnalah solatnya dan diangkat ke langit dalam keadaan hitam legam sambil berkata " aku berdoa kepada ALLAh SWT akan abaikan kamu sebagaimana kamu mengabaikan akau dahulu". Solat yang hodoh itu digumpal oleh ALLAH SWT seperti kain buruk dan dilontarkan kembali kepada empunya solat itu....


Wuduk merupakan kunci solat. Maka dengan wuduk yang cermat sahaja layak membuka ibadat solat. Maksud 'Asbagha wudhu-aha' seperti yang disebut oleh Nabi SAW ialah selaian basuhannya rata pada anggota wuduk, juga melebihi sedikit basuhan daripada had sempadan yang ditetapkan oleh syarak. Setelah itu tunaikanlah solat dengan sebaiknya sebagaimana NAbi WAS bersabda: " Wa atamma Rukuaha wa sujudaha wa khusyuaha" iaitu sempurnakan rukuk dan sujudnya serta khusyuk solatnya.


Antara tanda khusyuk ialah tubuh badannya turut tenang sejajar dengan ketenangan hati. Tidak melakukan sesuatu pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat. Maka, apabila solat dilaksana dengan cemerlang ia terus diangkat ke langit dan akan mendoakan kebaikan bagi empunya solat. Sebaliknya berlaku kepada empunya solat yang tidak khusyuk. Amal solatnmya akan dilontar semula kepadanya dan sekaligus menyebabkan kemurkaan ALLAH SWT.


Tanpa disedarinya, mereka tidak merasa insaf malah merasa optimis kerana menyangka mereak telah melakukan kewajipan ibadat fardu itu. Pada sangka mereka tanggungjawab tersebut telah selesai dan hanya menantidituai diakhirat kelak.....


SESUNGGUHNYA ORANG YANG TELAH MENUNAIKAN SOLAT ITU, TIDAK BOLEH MERASA
SENANG-LENANG DAN MENGANGGAP KERJA AMALNYA SUDAH SELESAI. SEBENARNYA MASIH
ADA
PERKARA YANG TERTINGGAL DARI PENGETAHUAN ORANG BERKENAAN...

(dipetik daripada artikel MAUIDZAH drpd TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT )

0 coretan hati: