Social Icons

August 20, 2008

apa yang anda lakukan untuk Islam??







kita lihat gambar2 di atas dan video fitnah.
anda sebagai seorang muslim, apakah perasaan anda??
marah?? geram??
pernahkah anad terfikir untuk berasa simpati dengan mereka??
dan pernahkah anda merasa serba salah kerana tidak menunjukkan ajaran Islam yang sebenar kepada mereka yang tidak mengetahui tentang kesyumulan Islam??
mari kita renung kembali.
video dan gambar2 itu adalah hasil tangan orang yang tidak mengetahui betapa mulianya Islam. betapa indahnya Islam.
mereka berasa takut dengan peningkatan penganut Islam di dunia.
bagaiman pula dengan malaysia??
sedarkah ummat Islam di bumi Malaysia ini??

kesan dari melihat gambar dan video itu, ramai yang meluahkan rasa geram dan etc.
namun begitu, apakah yang kita lakukan untuk Islam??
sekadar merasa geram?? boikot barang negara mereka??
sedarkah kita tindakan boikot itu akan menjejaskan ekonomi negara tersebut yang juga mempunyai ramai penganut agama Islam.
konon-kononnya ingin menunjukkan perasaan tidak puas hati.
walaubagaimanapun, bagaimanakah akidah dan akhlak kita sebagai seorang muslim yang patut menjadi contoh kepada yang bukan muslim???
sepatutnya, itu yang berlaku.
akhlak dan akidah semakin baik. dan ajaran Islam dipatuhi.
video fitnah yang ditayangkan patut dikaji.
bukan sekadar untuk tontonan dan membuat kesimpulan dengan sesuka hati.
perlu dalil yang kuat untuk melawan.

apakah yang telah kita lakukan untuk menegakkan syiar di bumi ini??
pernahkah anda mengira berapa banyak sumbangan anda kepada Islam??
cukup dengan menunjukkan betapa indahnya agama Islam, pasti ramai yang tertarik
berapa lamakah kesedaran ini akan wujud dalam diri setiap muslim??
2-3 minggu?? atau mungkin sekadar beberapa hari??
semuanya terletak di iman masing-masing.

marilah sama-sama kita berubah dalam menegakkan syiar ISLAM!
ALLAHUAKBAR!

0 coretan hati: