Social Icons

January 5, 2009

GAZA

Serangan darat Israel bermula


MARA... Askar-askar rejim Zionis mula memasuki kawasan utara Gaza sejak malam semalam bagi melancarkan serangan darat ke atas para pejuang Hamas. Gambar kanan menunjukkan sebuah masjid berhampiran kem pelarian Jabaliya musnah dalam serangan udara jet pejuang Israel, kelmarin.


- Tentera darat rejim Zionis mula memasuki Gaza.

- Pertempuran hebat berlaku antara tentera Israel dan pejuang Hamas. Lapan penduduk Palestin terbunuh.

- Tentera Israel melaporkan 30 askarnya cedera, manakala berpuluh-puluh pejuang Hamas telah ditembak dalam pertempuran hari pertama.

- Amerika Syarikat menggagalkan usaha Libya memujuk Majlis Keselamatan PBB mendesak Israel menghentikan serangan.




isnin, 05 januari 2009

Perkhidmatan perubatan Gaza berkata, seramai 11 lagi kanak-kanak cedera dalam serangan darat Israel ke atas kubu Hamas tersebut.

Serangan tentera darat oleh Israel ini dibuat ketika "Operation Cast Lead" ini masuk hari yang kesembilan dan telah meragut sekurang-kurangnya 460 penduduk Palestin serta membawa banyak kemusnahan.

http://www.utusan.com.my

kita telah mendengar dan melihat kematian demi kematian saudara Islam kita di Palestin. mungkin anda tertanya-tanya, mengapa penting sangat untuk kita mengambil tahu hal ini?? mengapa perlu kita lakukan sesuatu untuk mereka.

jawapannya senang. anda sayang agama anda?? anda sayang keluarga anda?? anda sayang kawan2 anda?? mereka di Palestin ibarat saudara kita sendiri. ikatan agama cukup sebagai alasan untuk kita mengambil berat tentang mereka. sesunguhnya Allah sayang hambaNya yang menyayangi saudaranya. begitu cantiknya Islam. Allah tak peranh melarang hambaNya bersahabat, malah menggalakkan menjalinkan ukhuwah sama ada seagama mahupun tidak. malah Islam melarang keras berpecahan dan bermusuhan berlaku. (melainkan untuk melindungi agama)

maka, dalam kes ini, wajarlah kita melakukan sesuatu untuk penduduk Palestin. kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa telah meninggal dunia kerana serangan ni. apakah salah mereka?? kita menyambut tahun baru dengan mendengar bunyi bunga api,mereka?? mendengar bunyi ledakan peluru dan bom.

anda manusia?? mereka juga manusia seperti anda. ada hati dan perasaan. ada jasad. mereka berjuang untuk Islam yang tercinta. tidak salah bukan?? apakata kalau kita sama2 kita berdoa untuk mereka. saya tidak menyuruh anda mengangkat senjata tapi melancarkan senjata.doa kan senjata umat Islam. jom sama2 kita berdoa untuk mereka!



“Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka ,
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai tuhan yang gagah perkasa!
Wahai tuhan yang penuh raksasa!
Wahai tuhan yang bersifat murka!
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka....”




3 coretan hati:

Harithmkt90 said...

Satu kprihatinan yang bagus atas penderitaan saudara mara kita di palestin.Harap dengan pembukaan sekolah ini, jgn lupa ajak ramai2 solat hajat,qunut nazilah dan membaca surat al-fath demi membantu perjuangan islam di sana.Insyaallah

Ziarah76 said...

semoga Allah bantu Palestin, amin

joegrimjow said...

starbuck 2, jgn minum
start yg kecik2 dlu, 2 je yg bley d buat
hidup palastine