Social Icons

January 13, 2010

kisah Saidina Ali # part 2

Baiklah, berikut merupakan sambungan kisah Saidina Ali yg terlewat mengerjakan solat Subuh berjemaah.

Setelah lama berjalan, langit mulai cerah apabila mereka menghampiri masjid. Lelaki tua tadi meneruskan perjalanannya,melewati masjid. Semasa memasuki masjid, Ali menyangka yang solat Subuh berjemaah sudah selesai. Tetapi Ali terkejut,sekaligus gembira apabila melihat Rasulullah dan para sahabat sedang rukuk pada rakaat kedua. Ini bermakna Ali masih sempat mendirikan solat Subuh sacara berjemaah. Sekiranya dia dapat , mengerjakan rukuk bersama, itu bermakna dia masih sempat mendapat satu rakaat solat berjemaah.

Selepas Rasulullah menyelesaikan solatnya dengan salam, Umar bin Khattab memberanikan diri untuk bertanya kepada Rasulullah ."Wahai Rasulullah, kenapa hari ini solat Subuhmu tidak seperti biasa?" Rasulullah bertanya,"Kenapa?Apa yang berbeza?" Umar menjawab,"Saya rasa berbeza. Selalunya kamu tidak rukuk dalam rakaat kedua sepanjang ini." Rasulullah menjawab lagi, " Saya juga tidak tahu. Pada rukuk dalam rakaat kedua Malaikat Jibrail segera turun dan menekan belakang saya hingga saya tidak dapat bangun. Itu berlangsung lama,seperti yang kamu ketahui." Umar bertanya lagi,"Mengapa Jibrail berbuat begitu?" Rasulullah menjawab,"Saya belum tahu lagi. Jibrail belum menceritakan kepada saya."

Dengan perkenan Allah, beberapa waktu kemudia, Jibrail turun dan berkata, "Muhammad, aku diperintahkan oleh Allah supaya menekan belakang kamu dalam rakaat kedua supaya Ali sempat mendirikan solat berjemaah bersama kamu. Allah menyenangi tindakannya kerana menjalani ajaran agamanya. Ali menghormati seorang lelaki tua Yahudi dan disebabkan oleh rasa hormatnya, dia terpaksa berjalan perlahan kerana lelaki tua itu perjalan sangat perlahan. Sekiranya belakang kamu tidak aku tekan, pasti Ali tidak sempat berjemaah bersama-sama kamu."

Mendengar penjelasan Jibrail itu, Rasulullah terus mengerti. Beliau menyenangi tindakan Ali kerana apa yang dilakukannya itu menunjukkan betapa tingginya penghormatan umat Islam pada orang lain. Satu perkara lagi, Ali tidak sengaja melewatkan atau meninggalkan amalan solat berjemaahnya.

Allahu Akbar!Banyak sekali cara Allah memuliakan seseorang. Yakinlah, kita selalu berada dalam bimbingannya apabila kita memelihara niat mahu istiqamah pada jalannya.

Seorang pemimpin Yahudi pernah mengatakan yang mereka tidak takut dengan
orang Islam melainkan dengan satu perkara, iaitu apabila jumlah jemaah solat
Subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat.

0 coretan hati: