Social Icons

January 8, 2010

mari berjemaah :)

salam alaik.rasanya masih belum terlambat untuk badai seri puteri mengucapkan selamat bersekolah kepada adik-adik semua. mesti pada awl tahun ini semua orang bersemangat melangkah ke sekolah. Tahun baru,dengan azam baru. Ibadah dan kesungguhan belajar pasti meningkat.Insya Allah. Namun,dalam kesibukan mengejar kejayaan, solat 5 waktu jangan sesekali dilupakan. Bonus berjemaah juga amat dituntut. Bagaimana ye prestasi solat kita pada awal tahun ini? Harap-harap, dapat menyempurnakan solat berjemaah tisp-tiap solat fardu. Ditambah pula solat dhuha dan solat hajat sebagai penyeri ibadah kita.Ingat. . .solat mesti diawal waktu,ye!:) Baiklah,bingkisan kali ini berkisar tentang Saidina Ali yang lewat mendirikan solat Subuh berjemaah. Ha?pelik bukan....tak mungkin Saidina Ali sengaja lewat daripada berjemaah bersama-sama Rasulullah?mari...kita ikuti kisah ini.
Pada dini hari itu, Ali bin Abi Talib bergegas bangun pagi untuk mengerjakan solat Subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah S.A.W. Langit masih gelap,suasana masih dingin, dan jalan masih diselubungi kabus pagi yang turun bersama embun. Ali melangkahkan kakinya menuju masjid. Dari jauh, sayup kedengaran suara Bilal memanggil-manggil dengan azan yg berkumandang merdu ke segenap penjuru Kota Madinah.
Namun, sebelum Ali melangkah menuju masjid, di hadapannya terdapat lelaki tua beragama Yahudi yang berjalan sungguh perlahan. Mungkin kerana usianya terlalu tua.dia berhati-hati menyusun langkah.
Sebenarnya Ali sangat tergesa-gesa. Dia tidak mahu tertinggal melakukan solat tahiyyatul masjid dan qabliyah Subuh sebelum mendirikan solat Subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah dan para sahabat lain.
Ali faham yang Rasulullah mengajar supaya menghormati orang tua, tidak kira siapa dan apa pun agama mereka. Maka, Ali terpaksa berjalan di belakang orang tua tadi. Tapi, apakan daya, lelaki tua itu berjalan terlalu perlahan, dan oleh itu Ali juga terpaksa melangkah dengan perlahan. Lelaki tua itu lemah dan Ali tidak sampai hati mahu mendahuluinya. Dia bimbang sekiranya lelaki tua Yahudi itu jatuh ataupun mengalami kemalangan.
Selepas lama berjalan, langit mula cerah, apabila mereka menghampiri masjid. Lelaki tua itu meneruskan perjalanan melewati masjid.
Adakah Ali sempat berjemaah bersama-sama Rasulullah?kisah ini akan bersambung. Nantikan sambungannya. ;)

0 coretan hati: