Social Icons

January 29, 2010

Tahniah SSP! :D

salam alaik!
to all sspian... bonda,cikgu2...staf sokongan,students,pakcik n makcik dm,pakguard n pekerja yang berjaya membuat SSP sentiasa bersih dan cantik,
TAHNIAH!....
mabruk alaik :)
kerana telah diumumkan dan mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 25 Jan 2010(Isnin) yang lalu.


SSP merupakan satu daripada 20 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang juga diiktiraf sebagai SBT.
sudah tentu bonda dan semua warga SSP amat gembira kerana apa yang dihajatkan sudah menjadi kenyataan.segala usaha dan penat lelah supaya sentiasa memperoleh prestasi yang baik akhirnya membuahkan hasil.bagus2 :)
jadi, semua warga SSP nampaknya harus berusaha dengan lebih gigih untuk merealisasikan pengiktirafan yang telah diberi.
juga harus memastikan prestasi sekolah kita sentiasa baik dan berada di kedudukan yang tinggi.standing in the eyes of the world...
InsyaAllah..
semua murid pula perlu melakukan yang terbaik dalam semua perkara dan sentiasa bersedia dalam apa jua cabaran yang bakal ditempuhi demi mengharumkan lagi nama sekolah.
bak kata ibu, " PUTERI! " :) sentiasa bersedia...
oleh itu, sekali lagi kami pihak badai mengucapkan tahniah kepada semua warga Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya kerana berjaya memperoleh pengiktirafan ini dan diharapkan agar kita semua terus berusaha demi mengekalkan kecemerlangan ini.
Aminn...
SEKALI SSP MEMENCAK, KEJAYAAN PASTI DI PUNCAK !




0 coretan hati: