Social Icons

March 5, 2010

Kisah Si Pemilik Roti


salam alaik! :)
sesungguhnya nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T itu tidak ternilai harganya. Kita haruslah mensyukuri setiap nikmat dan rezeki yang diperoleh. Kita juga akan dikurniakan pahala bagi setiap amal yang dilakukan. Namun, kita perlu ingat nikmat yang dikurniakan oleh Allah itu adakalanya bertujuan untuk menguji keimanan kita terhadap-Nya.
Jadi, marilah kita semua menghayati kisah mengenai seorang hamba Allah ini. Melalui kisah ini, kita boleh lihat betapa indahnya sifat Allah yang Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya yang soleh dan nikmat yang dikurniakan oleh-Nya.

Dari Abu Burdah, ia mengisahkan, " Saat Abu Musa Al-Asy'ari menjelang wafat, dia memanggil anak-anaknya dan berkata , Wahai anakku, ingatlah kisah si pemilik roti! Kemudian Abu Musa terus bercerita.
"Seorang hamba Allah ini beribadah di pondoknya selama tujuh puluh tahun. Namun apabila dia keluar dari pondoknya buat pertama kali, lalu syaitan mendatanginya dengan menyerupai bentuk seorang wanita.Akhirnya, imannya mula teruji dan dia tinggal bersama wanita itu selama tujuh hari tujuh malam. Setelah dia mula sedar, dia terus keluar dari pondoknya dengan penuh rasa pertaubatan. Kemudian, setiap kali melangkahkan kali, dia akan solat dan bersujud. Setelah lama berjalan, dia tiba di sebuah pasar pada malam hari. Di pasar itu tinggalnya 12 orang miskin. Disebabkan rasa lelah dan penat yang amat, dia merebahkan dirinya di depan dua orang dari orang miskin itu.

Di daerah, terdapat seorang pendeta yang selalu membahagikan roti bagi setiap orang miskin yang ada. Malam itu, si pendeta datang ke pasar dan membahagikan roti seperti biasanya. Oleh kerana di pasar tersebut terdapat 13 orang termasuk seorang hamba Allah yang baru sahaja tiba sebentar tadi, seorang daripada orang miskin tidak mendapat bahagian rotinya. Lalu, orang yang tidak mendapat bahagiannya bertanya pada si pendeta, " Mengapa kamu tidak memberiku roti pada malam ini? Utusan si pendeta menjawab, " Apakah kamu kira saya kedekut? Tanya pada kawan-kawanmu , apakah ada di antara mereka yang mendapat dua potong roti?. Mereka terus menjawab, "Tidak ada yang mendapat bahagian dua potong roti."
Utusan tadi berkata," Apakah aku tidak memberimu? Demi Allah aku tidak akan memberimu apa-apa." Akhirnya, hamba Allah yang bertaubat tadi sedar bahagian orang miskin tadi dimiliki olehnya. Lalu, dia memberikan roti yang ada di tangannya kepada orang miskin tadi. Pagi harinya, otang bertaubat itu meninggal dunia.

Amal ibadahnya selama tujuh tahun kalah berat dengan timbangan dosanya yang dilakukan tujuh hari tujuh malam. Namun, dosa yang dilakukannya selama tujuh hari tujuh malam ditimbang dengan pahala yang diperoleh kerana memberikan sepotong roti, ternyata lebih berat amal memberi sepotong roti."
Abu Musa berkata kepada anaknya sekali lagi,"Wahai anakku, ingatlah kisah pemilik roti ini."

Apa yang boleh kita peroleh melalui kisah ini, ialah Allah akan memberi pahala kepada sesiapa sahaja hamba yang diingini-Nya jika mereka beramal. Dalam kisah di atas, nikmat pahala ini menyebabkan timbangan kebaikan si pemilik roti lebih berat apabila dia memberi potongan rotinya kepada orang miskin tadi.Allah S.W.T yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang juga akan menerima setiap taubat daripada kita hambanya dan akan mengampunkan dosa lampau kita. Nikmat pahala yang akan kita peroleh juga tidak dapat dijangka bagaimana kiraanya.Sungguh indah sekali. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan setiap nikmat yang telah kita miliki sekarang. Semoga kita semua akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T.

"Katakanlah, ' Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa- dosa semuanya . Sesungguhnya Dia- lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ."
(Az-Zumar: 53)




0 coretan hati: