Social Icons

April 8, 2010

Kerana Air Mata dan Bulu Mata itu...


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa” Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi-saksi yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…” Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang,” disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium” Bibir pun mengaku , “Saya yang merayu”
Tangan meneruskan, “Saya yang memegang” Kaki pula menyusul, “Saya yang berjalan dan berlari semasa itu” “Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat.

Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata” “Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.” Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga. Alhamdulillah, hamba Allah ini masuk ke syurga kerana pertolongan bulu mata dan beliau pernah menangis keinsafan mengharapkan keampunan yang Maha Pengampun :)

Muslimin dan muslimat yang diredhai Allah sekalian, fikirkanlah kembali..pernahkah kita menangis kerana takut akan Allah S.W.T? Menitis air mata kerana risau akan dosa-dosa yang dilakukan akan menjadi penghalang bagi kita untuk menikmati haruman syurga?
Muhasabah kembali.Mungkin setitis air mata kita yang jatuh dapat menyelamatkan kita daripada api neraka..Wallahualam..
Apabila mula timbul secalit keinsafan di dalam hati kita untuk kembali ke jalan yang lurus, kita harus bersyukur dikurniakan kesedaran dan hidayah itu.
Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kita semua. :)

3 coretan hati:

Farra Rizal said...

best sangat cite dalam blog awak...

join blog saye..

http://terataimewangi.blogspot.com/

http://mybaby-farisha.blogspot.com/

http://putrifarisha-kesayangan.blogspot.com/

BADAN DAKWAH ISLAMIAH SEKOLAH SERI PUTERI,CYBERJAYA said...

syukran :)
insyaAllah!

Anonymous said...

pernahkah kita menangis kerana takut akan Allah S.W.T? Menitis air mata kerana risau akan dosa-dosa yang dilakukan akan menjadi penghalang bagi kita untuk menikmati haruman syurga?

copy ayat ini :)) harap dihalalkan ye..
syukran .