Social Icons

December 17, 2010

Muharam

ASSALAM :)

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


t2.gstatic
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



Dalam bulan yang mulia ini terdapat satu hari yang paling bersejarah dalam diari umat islam, iaitu hari ‘Asyura.



Rasulullah SAW menyarankan agar umatnya berpuasa, bersedekah dan melakukan pelbagai kebajikan pada hari ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith : “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan (Tasua’) dan kesepuluh (‘Asyura).” (Hadith Riwayat Muslim)



Seterusnya Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang puasa hari ‘Asyura : “Ia dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.” (Hadith Riwayat Muslim).




Pada hari ini juga Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan kelebihan kepada rasul-rasulNya. Antara peristiwa yang berlaku pada hari ini adalah :


  • Penciptaan Nabi Adam AS.
  • Bahtera Nabi Nuh Tersadai di atas Bukit Al-Judi.
  • Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim AS daripada api yang membakarnya.
  • Allah SWT melepaskan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS daripada Firaun dan Haman.
  • Allah SWT membelah laut untuk nabi musa dan menenggelamkan Firaun beserta bala tenteranya.
  • Allah SWT mengeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan nun setelah sekian lama ditelan ikan tersebut.
  • Allah SWT mengeluarkan Nabi Yusof AS daripada telaga yang dalam.
  • Allah SWT mengembalikan penglihatan Nabi Ya’qub AS.
  • Allah SWT menganugerahkan kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS.
  • Allah SWT menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh Nabi Ayub AS.
  • Allah SWT mengangkat Nabi Idris AS dan Nabi Isa AS ke langit.

Selain daripada peristiwa-peristiwa ini, terdapat banyak lagi peristiwa-peristiwa lain yang menunjukkan betapa istimewanya hari ‘Asyura ini. Para pembaca boleh merujuk kepada kitab-kitab muktabar seperti Tanbih Al Ghafilin karangan Abi Laith Nasr Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Ibrahim As Samarqandi, Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan banyak lagi.

0 coretan hati: