Social Icons

January 29, 2011

Tanda Anda dilamun Cinta

assalam :)

Apakah perasaan anda apabila cinta anda ditolak..??
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas??
Tambahan yang berbalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa.. Allah Rabbuljalil
Disini ku titiplan beberapa tanda anda dilamun cinta yang Maha Pencipta

Anda suka untuk bertemu dengan Nya.. Tak sabar untuk bertemu.. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu.. Persiapan dibuat setiap kali sebelum bertemu Nya..

Mendahulukan Nya lebih dari yang lain.. DIA mengatasi yang lain.. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri..

Gembira bila bersama Nya.. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada.. Susun kata indah hendak bertemu.. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada Nya sebagai pujian ke atas Nya..

Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap Nya melebihi segalanya.. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM..

Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintah Nya.. Membela agama Nya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia

Tegas terhadap mereka yang menghina Islam.. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh Nya..

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama Nya.. Adakah cinta anda berbalas?? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta??

Moga kita mendapat cinta dari Nya.. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikamt yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar..


ISLAM TIDAK TERSEBAR
DENGAN SENDIRINYA,
TUGAS KITA...
MENYEBARKANNYA




0 coretan hati: