Social Icons

May 23, 2011

Kursus Imamamh dan Naqibah

Pada 20 hingga 21 Mei 2011, Kursus Imamah dan Naqibah peringkat Sekolah Seri Puteri telah dilaksanakan. Kursus ini yang bertujuan untuk melahirkan para imamah dan naqibah yang boleh mengendalikan usrah secara efektif mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam. Kursus ini telah dikendalikan oleh Al Faliheen Management yang diketuai oleh saudari Siti Khajar atau lebih dikenali dengan Kak Aja dan bertajuk tajuk Usrah Profesional. Pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna diperolehi melalui kursus singkat tetapi padat ini terutamanya dalam menjalankan aktiviti usrah yang berkesan serta efektif. Terima Kasih kepada pihak sekolah yang menganjurkan program ini sekali lagi untuk tahun ini serta para ustazah yang berkorban masa untuk memastikan kelinciran program ini.







1 coretan hati: