Bismillahirahmanirahim.
Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah. Syukur
pada-Mu Allah diberikan peluang untuk saudara/saudari lebih mengenali Badan
Dakwah Islamiah (BADAI) Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.
Secara amnya, badan
ini ditubuhkan untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk sahsiah dan akhlak
para pelajar demi melahirkan insan yg seimbang jasmani dan rohani. BADAI juga
berperanan atas semua perkara berkaitan kerohanian dan spiritual pelajar.
Badan ini dinaungi
oleh pengetua dan dibantu oleh para ustaz dan ustazah serta mendapat sokongan
padu daripada pihak PIBG yang tidak putus-putus memberi sokongan dan bantuan.
Diketuai oleh ahli jawantakuasa yang berwibawa dan bagi memastikan pengurusan
kami lebih bersistematik beberapa exco telah ditubuhkan.
EXCO-EXCO
EXCO TAZKIRAH
Ø Menyediakan bahan tazkirah yang bersesuaian
untuk memberi imput kepada para pelajar dari pelbagai sumber.
EXCO USRAH
Ø Membentuk kumpulan usrah bagi semua pelajar
Ø Melantik Naqibah yang berkelayakan.
Ø Menyusun aktiviti yang patut dijalankan semasa
usrah berlangsung.
EXCO E-TAALIM
Ø Merupakan gerakan dakwah melalui medium cetak
dan elektronik selaras dengan kebitaraan SSP iaitu ICT.
Ø Menerbitkan risalah BADAI dua kali setahun
(AS-SHIFA)
EXCO SURAU
Ø Menjaga kebajikan dan kebersihan surau dan
memastikan semua alatan berada dalam keadaan baik.
EXCO TASNIM
Ø Bertanggungjawab dalam pemilihan ahli tunas
BADAI yang terdiri daripada pelajar tingkatn 1 hingga 3.
Ø Melatih ahli tunas BADAI dalam pelbagai tugasab
termasuklah mengadakan pertemuan khas bersama mereka untuk mendedahkan
tanggungjawab sebagai ahli BADAI.
EXCO TAMRIN
Ø Merangka dan menjayakan aktiviti-aktiviti di
dalam surau mahupun di luar surau untuk para pelajar seperti, bacaan yassin, tilawah Al-Quran,
nasyid dan sebagainya.
EXCO DISIPLIN
Ø Menjaga dan mengawal disiplin pelajar di dalam
surau.
Ø Bertanggungjawab mengambil tindakan yang
sewajarnya jika pelajar melakukan salah laku di dalam surau.
Sebagai Muslim , kami
juga tidak terlepas daripada tanggungjawab menyebarkan dakwah dan bertarbiyah.
Tugas berdakwah tidak hanya digalas oleh Rasulullah SAW dan sahabat baginda
apatah lagi kita sebagai umatnya sangatlah dituntut. Oleh itu, kami
berharap dengan kewujudan badan ini
mampu menjadi wahana untuk sama sama berkongsi ilmu yg dangkal ini kepada
saudara/saudari. Namun begitu, ‘Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah’ dan
amal tanpa ilmu juga ibarat belayar tanpa nakhoda. Untuk menjadi mukmin
sejati,ayuh kita seimbangkan ilmu dan amal duniawi dan ukhrawi.
Akhir kalam,
Rasulullah bersabda,
mafhumnya, ‘ Kamu bukanlah dari kalangan orang yang baik meninggalkan dunia
semata-mata mencari akhirat, dan kamu juga bukan dari kalangan orang yang baik
meninggalkan akhirat mengejar keduniaan semata-mata, sebaliknya hendaklah ia
berusaha untuk memperoleh kedua-duanyan(dunia dan akhirat) kerana dunia itu
jambatan untuk menuju akhirat, maka janganlah kamu membebankan orang lain….. (
Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Renung-renungkanlah
dan selamat beramal. Ukhwah fillah J
1 coretan hati:
Boleh saya bhubung dengan ketua BADAR?
Saya Syafiqah. PKB Sasem. Contact saya di fb Syafiqah Sabar :) terima kasih.
Post a Comment