Social Icons

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

April 8, 2010

Kerana Air Mata dan Bulu Mata itu...


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa” Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi-saksi yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…” Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang,” disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium” Bibir pun mengaku , “Saya yang merayu”
Tangan meneruskan, “Saya yang memegang” Kaki pula menyusul, “Saya yang berjalan dan berlari semasa itu” “Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat.

Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata” “Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.” Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga. Alhamdulillah, hamba Allah ini masuk ke syurga kerana pertolongan bulu mata dan beliau pernah menangis keinsafan mengharapkan keampunan yang Maha Pengampun :)

Muslimin dan muslimat yang diredhai Allah sekalian, fikirkanlah kembali..pernahkah kita menangis kerana takut akan Allah S.W.T? Menitis air mata kerana risau akan dosa-dosa yang dilakukan akan menjadi penghalang bagi kita untuk menikmati haruman syurga?
Muhasabah kembali.Mungkin setitis air mata kita yang jatuh dapat menyelamatkan kita daripada api neraka..Wallahualam..
Apabila mula timbul secalit keinsafan di dalam hati kita untuk kembali ke jalan yang lurus, kita harus bersyukur dikurniakan kesedaran dan hidayah itu.
Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kita semua. :)

March 23, 2010

Photos & Tagging yg Mengundang Dosa ?

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

dipetik dari blog Abu Umair :)

http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/

Kami b'harap agar muslimin dan muslimat di luar sana agar memikirkan kembali setiap tindakan kita. Terasa sedih apabila kita melihat gambar khususnya muslimat mendedahkan aurat dan meletakkannya di laman web sosial atau sebagainya sedangkan di alam realiti, aurat mereka ditutup dengan sempurna . Tidakkah terasa sia-sia kerana akhirnya orang luar dpt tahu juga apa yang kita miliki dan disimpan rapi selama ini. Fikirkan kembali dan berubahlah. InsyaAllah :)

February 19, 2010

Kau Sahabatku Kau Teman Sejati :)

salam alaik semua!..
sesungguhnya persahabatan itu sangat indah jika ukhuwah yg dibina kerana Allah..
bagi sesiapa yg menjalinkan persahabatan seperti ini, pasti anda semua mengerti bagaimana indahnya perasaan ini.Ya Rabbi...
semoga ukhuwah yang terbina antara kita semua diredhai dan dirahmati olehNya.InsyaAllah.istimewanya insan yang memiliki ukhuwah seperti ini kerana Allah sendiri akan menyeru 7 golongan di Padang Mahsyar nanti dan salah satu daripada golongan tersebut ialah,

mereka yang saling berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah jua keranaNya

ketika itu, 7 golongan ini diseru untuk memperoleh syafaat daripada Allah :) sememangnya saling ingat- mengingati dan sentiasa menasihati sahabat kita ke arah kebaikan amatlah dituntut dalam Islam.Jika kita sentiasa berpesan dan membimbing rakan kita ke jalan yang lurus yakni ke jalan Allah, InsyaAllah ukhuwah yang dibina akan sentiasa terpelihara dan diberkati.Memang besar ganjaran yang diperoleh bagi mereka yang memandu insan lain ke arah memperoleh hidayah daripada Allah.Rasulullah s.a.w bersabda,

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari."
(HR Al-Tabrani)

Seperti lirik lagu yang dipetik daripada lagu Sebuah Pertemuan dendangan UNIC

Saatku kehilangan keyakinan, Kau nyalakan harapan, Saatku meragukan keampunan Tuhan, Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala.

Syukur sungguh dihati ini, Dikurniakan teman sejati, Menunjuk jalan dekati-Nya, Tika diri dalam kebuntuan.

Betapa aku menghargai, Kejujuran yang kau beri, Mengajarku mengenal erti, Cinta hakiki yang abadi.

Tiada yang menjadi impian, Selain rahmat kasih-Mu Tuhan, Yang terbias pada ketulusan, Sekeping hati seorang insan, Bernama teman.

Sungguh indah bukan jika lagu seperti ini ditujukan kepada kita oleh seorang sahabat yang amat kita sayang.Liriknya sungguh mendalam dan mempunyai makna yang tersirat.Hakikatnya, jika ukhuwah yang dibina kerana Allah, serta-merta ukhuwah tersebut akan menjadi lebih indah dan tak ternilai harganya. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk melahirkan ukhuwah seperti ini.Kita semua sering mendengar, bersahabat kerana Allah,sayang sesama kita kerana Allah...tetapi, bagaimana sebenarnya untuk kita mewujudkan suasana dan perasaan ini.Usah risau kerana sememangnya ukhuwah fillah yg amat dituntut dalam Islam ini tidak susah untuk dibentuk.Pertama sekali kita semua harus mempunyai sekeping hati hati yang ikhlas dalam bersahabat.Jangan sesekali kita bersahabat dengannya kerana harta, rupa dan sebagainya.

Seperti kata hikmah ini:Persahabatan sejati itu seperti sebuah rumah,Tak perlu cantik, tak perlu mewah,Tetapi lengkapilah persahabatan itu dengan keikhlasan, kejujuran, kasih-sayang dan keimanan. :)

Kata-kata hikmah ini juga saya ingatkan pada diri saya sendiri dan juga pada anda semua agar kita semua sama- sama memperoleh ukhuwah yang hakiki.

"Sahabat yang beriman,Ibarat mentari yang menyinar, Sahabat yang setia,Bagai pewangi yang yang mengharumkan,Sahabat sejati..menjadi pendorong impian,Sahabat berhati mulia,Membawa kita ke jalan Allah,"Saidina Ali bin Abi Talib.

Kemudian, bersahabat kerana Allah akan lebih mekar apabila kita sentiasa mengajak sahabat kita ke arah mencari keredhaan Allah.Jangan sesekali kita biarkan sahabat kita terus hanyut dan terumbang-ambing dengan kenikmatan duniawi yang hanya sementara.Kita semua harus bersama- sama membantu antara satu sama lain demi memperoleh kebahagiaan di akhirat sana.Sahabat yang baik akan terus menegur kesilapan sahabatnya apabila melakukan kesalahan dan terus menasihati mereka dengan baik.Cara yang lebih elok pula, kita sama-sama mencari masa yang sesuai untuk membentuk halaqah.Halaqah ini seperti sebuah bulatan diskusi yakni himpunan hati-hati untuk beriman kepada Allah.Pada masa ini, segala masalah sahabat kita dalam halaqah boleh dikongsi serta diselesaikan bersama.Penyampaian tazkirah dan apa-apa perbincangan juga boleh dilakukan dalam halaqah.Oleh itu, ukhuwah yang wujud antara ahli akan lebih erat.
Seperti kata-kata Fatimah Syarha Mohd.Nordin dalam novel tersohornya bertajuk Tautan Hati,Bertemu cinta dalam halaqoh,Hidup lebih indah terarah,Menyulam tautan hati kerana Allah,Terpaterilah ikatan akidah.

Seterusnya, ukhuwah teguh yang telah dibina akan lebih bermakna apabila kita dan sahabat bersama-sama membimbing insan lain ke jalan yang diredhai Allah.Di saat kita telah menemui sahabat sejati yang akan membantu kita memperjuangkan agama Allah, tika itulah rasa paling gembira dan indahnya tidak terkata.

Selama ini ku mencari-cari, Teman yang sejati, Buat menemani, Perjuangan suci.

Bersyukur kini padaMu Illahi, Teman yang dicari, Selama ini, Telah kutemui.

Dengannya disisi, Perjuangan ini senang diharungi, Bertambah murni kasih Illahi, KepadaMu Allah kupanjatkan doa, Agar berkekalan, Kasih sayang kita.

Petikan lagu Teman Sejati oleh Brothers ini sudah cukup bagi kita untuk memahami nikmat bersahabat kerana Allah S.W.T.'Perjuangan suci' dalam lagu di atas saya kira usaha kita bersama-sama menegakkan syariat Allah dibumiNya.

"Sesungguhnya seorang muslim itu apabila berjalan di jalan dakwah,Dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,Bahkan dibawa bersama hati saudaranya,Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya."Mustafa Mahsyur.

Jadi marilah kita bersama- sama berusaha untuk memperoleh ikatan ukhuwah yang indah ini dan mengasihi sahabat kita seadanya.Seperti HR Al-Bukhari dan Muslim,

" Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Persahabatan yang dijalin sememangnya sangat cantik dan murni apabila kita mencintai Allah dan mewujudkan kasih- sayang yang utuh antara kita.

" Wajiblah cinta-Ku bagi orang- orang yang berkasih- sayang kerana-Ku"(Hadis Qudsi)

Untuk menjadi sahabat yang sejati, terlebih dahulu kita perlu memahami makna sebenar sahabat sejati dari segi Islam.Sahabat yang sejati ialah "Seseorang yang apabila kamu memandangnya, kamu akan teringat akan Allah S.W.T, apabila kamu mendengar kata-katanya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat akan kepada kehidupan akhirat."

Sabda Rasulullah s.a.w, HR Bukhari dan Muslim juga menyatakan,Sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikannya kepadamu, atau kamu membeli darinya, atau kamu akan mendapat aroma harum darinya...Tetapi sahabat yang tidak baik diumpamakan seperti peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat busuk darinya.

Sekali lagi,marilah kita memikirkan kembali dan melakukan muhasabah diri..adakah kita sudah memiliki ukhuwah seperti ini dan telah menjadi teman yang baik kepada sahabat kita.Semoga kita sama- sama memperoleh jalinan persahabatan yang suci ini dan mendapat rahmat dari Allah S.W.T.Diharapkan juga ikatan ukhuwah yang dibina berkekalan ke akhirnya dan mendapat teduhan di Padang Mahsyar nanti.Akhirnya, kita akan bersama-sama menikmati nikmat syurga Allah.Ukhuwah itu indah.Binalah kasih sayang sesama insan demi memiliki kasih sayang Allah. :)

January 20, 2010

Sakaratul Maut Para Salaf

Salam alaik!
Pada artikel yg lalu, badai ada menceritakan tanda-tanda kematian
Adakah kita sebenarnya telah bersedia untuk m'hadapi sakaratul maut?
Sakaratul maut adalah perkara yang paling ditakuti oleh setiap insan di muka bumi ini.
Perasaan takut para nabi dan wali terhadap kematian sangatlah besar.Sampai-sampai Nabi Isa a.s berkata "Wahai segenap kaum Hawariyyin, berdoalah kepada Allah agar Dia meringankan sakaratul maut bagiku! Kerana aku benar- benar takut pada kematian, sampai- sampai rasa takutku terhadap kematian itu bisa menyebabkanku mati." Begitu sekali takutnya para nabi dan wali terhadap kematian.Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita tidak takut akan kematian sehingga kita masih leka dan lalai dalam mengerjakan perintah Allah S.W.T
Minta sangat dijauhkan. Kita tidak tahu bila Malaikat Izrail mula datang memanggil kita. Jadi marilah kita bersama- sama membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi hari itu.Kali ini, badai ingin memberitahu bagaimana keadaan para nabi dan wali ketika sakaratul maut. Moga-moga kita memperoleh pengajaran darinya. :)

Abu Bakar As-Siddiq
Saat Abu Bakar menjelang wafat, Aisyah berkata:
"Demi umurmu! Kekayaan tak akan lagi berguna kalau nyawa sudah di kerongkong dan dada sudah terasa sesak"
Maka Abu Bakar berkata, " Jangan berkata seperti itu namun katakan:
" Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya.Itulah yang kamu selalu lari darinya (Surah Qaf: 19) Kerana ayat itulah Abu Bakar mengatakan hal tersebut.

Umar bin Khatab
Menjelang wafat, Umar berkata, "Sungguh celaka diriku dan ibuku jika Allah tidak merahmatiku."

Othman bin Affan
Ketika beberapa sahabat masuk menemui Othman yang tengah menghadapi ajai, beliau mengatakan: " Saya melihat mati tidak membuat orang sedih jadi kekal dan tidak membiarkan kaum Ad menjadi penguasa bumi dan tempat- tempat tinggi. Penghuni benteng hidup dalam benteng yang tertutup.Sementara kematian datang dari puncak gunung yang tinggi."

Ali bin Abi Talib
Ketika Ali terluka, beliau berkata kepada dirinya sendiri: " Kencangkan dadamu untuk menghadapi maut! Kerana sekarang mati akan datang mendatangimu. Jangan takut pada kematian kalau ia sudah datang! "

Mu'adz bin Jabal
Menjelang wafat, Mu'adz berkata, " Aku berlindung kepada Allah dari malam yang berakhir di neraka. Selamat datang kematian pengunjung kekasihnya, datang pada orang yang miskin. Ya Allah, aku selalu berharap kepada-Mu! Ya Allah, Engkau aku tak cinta dunia dan hidup lama di dalamnya dengan mengisinya hanya sekadar untuk membuat sungai dan menanam pohon! Akan tetapi, aku cinta dunia dan ingin hidup lama di dalalmnya untuk berpuasa, solat Tahajud dan duduk bersama ulama' di majlis taklim.

Abu Darda'
Ketika akan wafat, Abu Darda' berkata, "Ke mana orang yang yang beramal untuk menghadapi kematian? Ke mana orang yang bermal untuk mengahdapi kematian?" Lantas, Abu Darda' menangis. Isterinya pun bertanya, "Mengapa engkau menangis, padahal engkau telah menemani Rasulullah s.a.w? Abu Darda' menjawab, "Bagaiman aku tidak menangis sedangkan aku tidak tahu apa yang akan terjadi kepadaku akibat dosa-dosaku"

Abu Hurairah
Menjelang ajal, Abu Hurairah menangis .Kemudian, ada yang bertanya, "Mengapa anda menangis?" " jauhnya perjalanan, sedikitnya bekal, dan terminal yang berakhir , syurga atau neraka," jawab Abu Hurairah.

Salman Al-Farisi
Ketika Salman akan wafat, beliau memanggil isterinya," Kemarilah, ambillah barang yang kau simpan!" Lalu, isterinya datang membawa barang itu , sebuah kantung berisi minyak wangi. Salman mengatakan, "Ambilkan bekas dan isilah dengan air!" Kemudian Salman mencampurkan minyak wangi itu dengan air, lalu berkata kepada isterinya,"Percikkan air wangi itu di badanku! Keranaa sekarang, di sini ada makhluk Allah yang sedang mencium bau wangi dan tidak makan makanan manusia."Keluarlah dari sini dan tutuplah pintu!" Isterinya pun keluar.Sejenak kemudian, isterinya kembali masuk, dan Salman telah wafat, semoga beliau diredhai Allah.

Harun Al-Rasyid
Dikisahkan, Harun Al- Rayid mengambil kafannya sendiri saat menjelang wafat. Beliau memandang kain itu dan membaca ayat: "Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.Telah hilang kekuasaanku dariku"
( Surah Al- Haqqah: 28-29)

Ibrahim An-Nakha'i
Menjelang wafat,Ibrahim menangis.Dia ditanya, "Mengapa anda menangis?" Ibrahim menjawab, "Kerana saya sedang menunggu utusan Allah yang akan memberitahuku, aku masuk syurga atau neraka?"

Amir bin Abdul Qais
Menjelang wafat, Amir menangis.Amir ditanya " Mengapa anda menangis?"
"Aku tidak menangis kerana takut mati atau masih ingin hidup lagi di dunia.Namun aku menangis kerana pernah meninggalkan puasa sunat pada musim panas dan solat sunat malam hari pada musim dingin beberapa kali."

Muhammad bin Munkadir
Ibnul Munkadir menangis saat menjelang wafat, beliau ditanya, "Mengapa anda menangis?"
"Demi Allah aku menangis bukan kerana dosa yang pernah aku sengaja aku lakukan.Akan tetapi aku menangis kerana takut pernah berbuat sesuatu yang kuanggap kecil, namun besar disisi Allah S.W.T."

Begitulah beberapa contoh keadaan para salaf saat sakaratul maut.Mereka begitu menghormati sakaratul maut dan sabar menghadapinya. Semoga kita mengambil iktibar dan contoh berdasarkan kisah tadi. Terdapat para nabi dan wali yang tidak berapa takut untuk menghadapi kematian tetapi takut akan kemungkinan amalan mereka tidak mencukupi untuk dijadikan bekalan pada Hari Akhirat kelak.Jadi, sudah cukupkah amalan kita semua untuk menghadapi alam Akhirat?
Renung-renunglah kembali akan semua perbuatan kita selama ini.Adakah kita telah menjadi hamba Allah yang sejati atau tidak? Diharapkan kita semua mempunyai bekalan yang cukup untuk hidup bahagia di alam selepas ini dan dipermudahkan sakaratul maut kita.Sentiasalah ingat akan kematian kerana dengan mengingatinya iman kita akan lebih meningkat. Kita berdoa juga agar ditempatkan bersama-sama para muslimin dan muslimat yang beriman kelak. Aminn... :)



January 19, 2010

Tanda 100 hari sebelum SAKARATULMAUT

semua akan merasa,cuma lambat atau cepat yg membezakannya.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islamakan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedarakan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...
Wallahu'alam. .

saling berpesan2lah sesama kita....adakah kita sudah bersedia?tepuk dada, tanya IMAN!

January 10, 2010

Rasulullah ikutan sepanjang zaman :)

salam alaik semua.. :)
ini belum lagi sambungan bg kisah Saidina Ali yg lalu..
ini sekadar selingan..sebagai peringatan buat kita semua..
kisah ini mengenai salah seorang drpd sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
Seperti kita semua tahu, Baginda sangat rajin mendirikan solat sunat dan sebagainya..
apatah lagi dalam solat fardhu, Baginda sangat tekun mengerjakannya.

Kisah ini bermula apabila sahabat ini ingin berimamkan Rasulullah s.a.w apabila beliau melihat Baginda sedang mengerjakan solat fardhu seorang diri di dalam sebuah masjid.Setelah sahabat ini memberi isyarat kepada Rasulullah sebagai tanda ingin menjadi makmum, Rasulullah terus menguatkan suaranya dalam bacaan dan menjadi imam.Ketika ini, sahabat sangat gembira kerana beliau berpeluang menjadi makmum kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.
Keesokan harinya sahabat ini memberitahu para sahabat yang lain mengenai pengalamannya berimamkan Rasulullah s.a.w
Para sahabat yang lain mengatakan betapa bertuahnya jika dapat mendirikan solat bersama- sama Baginda.
Namun, sahabat ini terus berkata, "Wahai sahabatku, sesungguhnya saya tidak tahu jika anda semua mampu dan mempunyai kudrat untuk bermakmumkan Rasulullah s.a.w."
Para sahabat yang lain sangat terkejut apabila beliau berkata sedemikian..

Lalu sahabat ini bercerita,
" Pada mulanya aku amat gembira kerana dapat mendirikan solat berimamkan Baginda. Bacaan Rasulullah sangat merdu.Namun, pada rakaat pertama aku sangat terkejut kerana Rasulullah membaca surah Al-Baqarah seusai bacaan Al-Fatihah.Selesai sahaja surah Al-Baqarah aku terus bersedia untuk rukuk tetapi Rasulullah s.a.w terus menyambung bacaannya dengan surah Al- Imran.Aku terus menunggu dan menghayati bacaan Baginda", cerita sahabat ini penuh bersemangat.
" Kemudian apa yang terjadi? ", tanya para sahabat yang lain.
" Selesai sahaja surah Al-Imran, aku pun terus bersedia untuk rukuk kerana aku kira sudah kebiasaan Rasulullah untuk membaca dua surah pada setiap rakaat.Rupa-rupanya, tanggapanku salah..Baginda terus menyambung bacaannya dengan surah An-Nisa'. Pada saat ini aku sangat terharu dengan cara Rasulullah mengerjakan solat.Kemudian Rasulullah terus rukuk dan sujud selepas bacaan An-Nisa'. Setiap rukuk dan sujud Baginda pula sama dengan masa Baginda berdiri pada setiap rakaat. Ya Allah, tika ini aku berasa sangat kerdil di sisi Allah S.W.T ," sambung sahabat ini.
Para sahabat lain sangat terkejut dengan kisah yang diceritakan oleh sahabat mereka. Mereka sangat kagum dengan cara Rasulullah mendirikan solatnya.

Baginda yang dijanjikan syurga oleh Allah mendirikan solat seperti seorang yang banyak melakukan dosa apatah lagi kita yang hanya seorang hamba Allah yang hina. Rasulullah s.a.w kekasih Allah mendirikan solat seperti ini sehinggakan ada riwayat sahih mengatakan,Nabi Muhammad s.a.w mendirikan solat sehingga bengkak kakinya.Kita boleh lihat sendiri betapa besarnya cara Rasulullah melahirkan rasa kesyukurannya kepada Maha Pencipta. Namun ada antara kita yang lambat mendirikan solat.Ada juga yang tidak cukup solat fardhu sehariannya.Paling menyedihkan ada juga yang tidak mendirikan solat langsung kerana sibuk dengan hal duniawi.

Jadi marilah kita bersama-sama memasang tekad untuk meningkatkan lagi kualiti dan mentahsinkan lagi solat kita.Ingat, solat itu tiang agama.Tanpa ia, runtuhlah agama kita. Semoga kita bersama-sama menjadi ummah yang cemerlang dengan mengambil Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh ikutan yang terbaik.Wallahualam... :)




January 7, 2010

Air Mata ?



Salam semua,
pernahkah kita pernah terfikir mengenai air mata?
atau kita hanya menangis tanpa mengetahui apakah maksud pada setiap air mata yang dikeluarkan...
buat pengetahuan semua, air mata juga ada jenisnya..
mari kita menyingkapi makna air mata yang sebenar dari segi Islam dan rahsia yang terlindung di sebaliknya ~*

Jenis-jenis air mata
Mengikut Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan..

1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2) Menangis kerana rasa takut
3) Menangis kerana cinta
4) Menangis kerana gembira
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan
6) Menangis kerana terlalu rasa sedih
7) Menangis kerana rasa hina dan lemah
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
9) Menangis kerana mengikut orang lain menangis
10) Menangis orang munafik > pura-pura menangis

" ... dan bahasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis"

(An-Najm : 43)


Jadi, Allah lah yang mencipta ketawa dan menangis serta mencipta sebab tercetusnya.
Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.Mata itu kecil namun tidak pernah kering walaupun ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Ia seperti sungai yang mengalir ke sungai tanpa henti-henti. Rasanya kalaulah air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji?

Ada tangisan yang yang sangat cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek- robek pakaian.
Ada pula tangisan yang sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Rasulullah saw bersabda : " Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya daripada api neraka . Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan , apabila seorang daripada suatu kaum itu menangis maka kaum itu akan dirahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.

Air mata taubat Nabi Adam a.s

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan rasa hibanya terhadap dosa yang telah dilakukan olehnya. Baginda bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir ke jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung talah meminim air mata Nabi Adam a.s lalu berkata "Manis sungguh air ini ". Nabi Adam a.s terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu baginda memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Nabi Adam. Allah mewahyukan, " Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air yang lebih lazat daripada air mata taubatmu".

Air mata yang tidak dituntut

Janganlah kita sesekali menangis jika tak tercapai cita-cita.Bukankah Allah telah menentukan semuanya?
Janganlah menangis kerana menonton filem sedih atau sebagainya.Semua itu hanyalah lakonan.
Janganlah juga menangis kerana cinta tak terbalas.Mungkin dia bukan jodoh yang telah Allah tentukan untuk kita.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan munkin kita kurang membuat persediaan ataupun perkata tersebut merupakan perkara yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita.
Jangan juga menangis jika wang kita hilang di jalanan kerana mungkin kita jarang melakukan amalan bersedekah.
Janganlah juga menangis jika tidak dinaikkan pangkat atau sebagainya .Kita sepatutnya harus yakin bahawasanya rezeki itu pemberian Allah.


Oleh itu,
simpanlah air mata kita semua buat bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati kita hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah S.W.T.
Menangislah agar air mata itu membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2.

Moga2 kita juga akan mendapat keampunanNya.

Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda :

" Ada dua jenis mata yang tak akan disentuh api neraka, iaitu mata yang menangis di waktu malam kerana takut akan Allah S.W.T dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam.

" Di antara 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah pada Hari Kiamat, seseorang yang berzikir sendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah S.W.T lalu bercucuran air matanya.

" Jika tubuh seseorang hamba gementar keran takut kepada Allah, maka akan berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.


Salman Al-Faarisi r.a berkata:

Aku dibuat menangis atas 3 perkara iaitu:

1) Menangis kerana berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3) Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke Syurga atau Neraka.

Air mata tanda rahmat Allah

Rasulullah s.a.w bersabda: " Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara,

1) Apabila dahinya berpeluh

2) Air matanya berlinang

3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus

kerana hal- hal tersebut menandakan rahmat Allah untuk si mati.

Kesimpulannya, sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara

- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan

- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu

- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu

- Dosa- dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu.

Itulah sedikit sebanyak maklumat mengenai air mata kita.
Betul ea....Kadang-kadang terfikir juga kelakar betul jika mata kita bengkak kerana menangis disebabkab plot cerita yang sedih..hero atau heroin mati , menangis kerana peserta kesayangan kita terkeluar daripada rancangan realiti seperti Akademi Fantasia atau sebagainya....hehe :)
Jadi, marilah kita bersama-sama mendekatkan diri kepada Allah dan supaya air mata kita yang menitis adalah air mata yang dituntut.Aminn...









March 15, 2009

satu pengajaran

Iktibar..... ...

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran :

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. BR>Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
Semoga bermanfaat.

__,_._,___