Social Icons

Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

June 11, 2008

ARTIKEL : gambarku untukmu

,
Ehem, Gambar Muslimahkah Ini?
www.iluvislam.com
oleh:private_xplorers
(dipetik dari blog WEWR ~khabar dari urdun~)

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.



Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

S e l a m a t B e r m u j a h a d a h




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

April 20, 2008

CERPEN : COUPLE DENGAN NIAT BERDAKWAH???

Untukmu*
www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli*

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.


~credit to rhymee~


Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:

Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk
."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."

Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

SENDING..

MESSAGE SENT

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.




Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.
Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "


Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.

TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA..



Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat. Kita harus akur pada ketentuan-Nya. Sama-samalah kita bina diri, perbaiki setiap kelemahan. Kita masih belum terlambat. Jadikan kesilapan semalam pengajaran di hari esok. ...



April 5, 2008

DIALAH SAHABAT


Dialah sahabat.

Telah puas aku pandang dan perhati sifat dan sikap sahabatku ini.Namun belum pernah ku temui cacat celanya dari dari segi sikap mahu pun perbuatan.Semuanya nampak cantik seperti yang dituntut oleh agama.Malu itu memang pakaian peribadinya.Rendah diri itu perhiasan dirinya.Ilmu itu dihujung bibirnya.Kemewahan bukan kebangaannya.Dia sangatlah serba sederhana namun nampak begitu sempurna dan bersesuaian dengannya walau di mana pun dia berada.Dimajlis orang besar-besar dia tetap nampak sepadan.Dimajlis orang miskin dia tidak nampak perlu dimuliakan.Manisnya akhlak dan kewibawaan dirinya.Dalam zuhud tidak pula dia sampai menghina diri dalam berpakaian dan kehidupan.Sedangkan yang aku tahu dia memang seorang yang teramat zuhud.Zuhud itu merupakan hatinya.

Seperti pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat :

1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.

2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu

3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu.

4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.

5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.

6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.

7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.

8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.

9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan merengankan kesusahanmu.

10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.

11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.

12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan.


Semua itu ada padanya.Bertuah sungguh aku mendapat sahabat sepertinya.Inilah sahabat sejati , sahabat yang kita berasa senang dengannya dalam urusan keduniaan dan mendapat faedah dalam hal-hal yang berkaitan dengan akhirat.Inilah sahabatku.

Melihat wajahnya mengingatkan aku sentiasa kepada Tuhan.Tidak pernah jemu bila berbicara dengannya kerana kata-katanya adalah ilmu yang dipraktikkan.Cahaya wajahnya terpancar setiap kali dia tersenyum sehingga aku tidak pernah jemu untuk menatapnya.Bahasanya lembut tutur kata juga sopan.Tapi pertemuan kami hanyalah sekali sekala.Ini membuatkan aku sentiasa rindu padanya.Berdepan dengannya terasa sangat kekurangan pada diri ini.Kadang-kadang terasa seperti dia tahu gerak hatiku.Seperti dia kenal benar dengan peribadiku yang banyak berdosa ini.Malunya aku…………..

Sahabatku , sering aku berdoa meminta dan merayu agar ALLAH kekalkan sahabat sepertimu.Aku tidak bersedia untuk kehilanganmu.Hilangmu bererti aku kehilangan sesuatu yang sangat berharga.Sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti walau dengan dunia ini sekali pun.

Saat bermusafir , kau ajar aku menerima hadiah dari ALLAH yang sangat bernilai iaitu solat jamak dan qasar.Dengan hadiah ini , kita ada lebih banyak masa untuk bermunajat kepada ALLAH.Kau tersimpuh sopan mengadap kiblat merintih dosamu agar diampunkan.Air mata keinsafan dan air mata taubat bercucuran membasahi sejadah mengesali nafsu-nafsu yang tidak terkendali.Air mata itulah kelak bakal menyiram api neraka yang siap siaga membakar manusia-manusia yang engkar kepada ALLAH.Sujudmu lama.Sujud seorang hamba hina dihadapan Tuhan yang maha besar dan maha berkuasa.Sujud merendahkan sayap-sayap kebinatangan dan kerakuasan hawa nafsu yang ada dalam jiwa.Jiwa yang tidak henti-henti berjihad menentang hawa nafsu dan sifat kebinatangan yang dihembus oleh syaitan.

Sujud yang melambangkan segenap zahir batin diserahkan sepenuhnya kepada ALLAH agar dibalas mengikut amalan yang setimpal.Dan berharap-harap dosa-dosa yang sengaja atau tidak itu mendapat keampunan.Diakhiri sujud itu dengan zikir.Zikir beralun perlahan memuja muji ALLAH yang esa disamping selawat keatas Rasul yang mulia.Hati yang berkarat hitam seumpama bontot kuali ini perlu dibersihkan.Titik-titik dosa yang setiap hari bertompok tebal dan semakin tebal perlu dikikis.Zikir itulah cuciannya.Setiapkali zikir dialun hilanglah satu titik yang menggelapkan hati.Hati perlu dibersihkan selalu dan kalau boleh setiap detik agar hati itu cepat putih , bersih dan kembali cemerlang.

Sahabat……..banyak yang aku pelajari darimu….

April 4, 2008

BAGAIMANA BERCINTA DALAM ISLAM?



Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.
Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudahpun

mengajar kita nahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi
yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah
orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.

Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.

Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan
kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet!

Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.

Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan talipon secara marathon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadaphamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.

March 30, 2008

5 batasan syarak dalam lawak dan bergurau





tertawa dan bergurau senda dibolehkan dalam Islam tetapi ada batas-batasnya bagi menjaga keharmonian ukhuwah yang terjalin. syarat-syarat mengikut syarak

pertama

bukan unsur pembohongan
  • Rasulullah pernah bergurau tetapi ketawa dan guraunya adalah benar

  • contoh yang dilarang yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat pada awal bulan April atau dikenali sebagai " Kadzibah April"
kedua

tidak bernada penghinaan atau meremehkan seseorang
  • rasulullah S.A.W. bersabda " cukuplah bagi seseorang dikatakan buruk jika ia menghina saudaranya (sesama Muslim) " riwayat Muslim

  • Allah berfirma dalam surah Al-HUjaraat : 11 "hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolokkan-olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yang diolok-olokkan lebih baik dari mereka dan jangan pula wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita-wanita yang diperolok-olokkan lebih baik dari wanita-wanita yang mengolok-olokkan dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk sesudah iman.
ketiga

tidak cenderung untuk menakut-nakutkan umat Islam
  • diriwayatkan dari NU'man bin Basyir r.a yang berkata "kami pernah berada dalam satu perjalanan bersama Rasulullah S.A.W.. maka ada salah seorang yang mengantuk di kendaraannya, kemudian ada orang lain di antara kami yang mengambil busur/anak panah dari tempatnya sehingga orang mengantuk itu bangun dan terkejut, maka Rasulullah bersabda " tidak halal bagi seorang untuk menakut-nakuti seorang muslim"
    -riwayat Thabrani

  • Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda "jangan ada di antara kamu yang mengambil barang saudaranya kerana main-main dan jangan pula kerana serius (riwayat Tirmidzi)
keempat

tidak bergurau pada saat genting atau situasi serius, dan jangan ketwaa pada waktu mengharusnya untuk menangis keranan segala sesuatu itu ada masa dan tempat yang sesuai dengan ucapannya
  • Allah SWT berfirman " Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan Al-Quran ini? dan kamu mentertawakan dan tidak menangis? sedang kamu melalaikannya? surah An-Najm 59-61
kelima

bergurau dalam batasan yang logik dengan ukuran sederhana dan seimbang iaitu boleh diterima akal sihat dan sesuai dengan masyarakat
  • Taujih Nabawi mengatakan "Janganlah kamu memperbanyak ketawa, kerana sesungguhnya memperbanyak ketawa itu dapat mematikan hati"

  • yang dilarang ialah berlebihan dalam ketawa

  • Ali r.a berkata " campurilah perkataan itu dengan ketawa seperti kamu mencampurkan makanan dengan garam"

March 10, 2008

CERPEN : SECERAH MENTARI


(gambar sekadar hiasan.)
Oleh : Muharikah
Idea: Dan_is

Tidak adakah satu detik, atmamu berbisik?
Suara hatimu meronta menidakkan noda itu
Walau pada zahir ia kelihatan cantik
Tapi nafas dosa itu tetap bergema di hati
Fitrah sucimu mengungkapkan bahawa
Satu kesalahan itu pastinya dosa
Satu kesucian itu perlu dipelihara
Sedarlah jiwa, bangkitlah jiwa!
Rungkaikan segala dosa itu!
Dengan tangisan taubat dan seruan islah*!
Islahkan dirimu dan islahkan bumimu!

‘Astaghfirullahalazi m!!’ istighfarnya berulang kali.
Suara itu sungguh jelas, cukup kuat untuk membangunkannya dari tidur yang kurang lena. Dikesati peluh di dahi. Panas suam-suam.
Malam itu malam yang panas, sepanas waktu siang yang dipancarkan dengan terik matahari. Kepanasan itu mengigit tubuhnya dengan suara-suara bisikan yang acapkali bertandang di telinga. Membangunkannya tika lena, menyentaknya tika jaga.
Dia bingkas bangun. Segelas air dituang dan dihirup. Dengan pantas memoar setahun yang lampau berombak kembali ke minda.
Mata berkilas ke sekeping kertas kecil terselit di bawah tafsir al-Quran di meja. Sekeping tiket yang menjadi passport kemasukan ke sebuah majlis makan malam. Entah mengapa, acara tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan pelajar Malaysia di Turkey itu, bagai tidak menarik perhatiannya. Bukan sahaja kurang berminat, malah terbit perasaan bercampur baur yang menyesakkan dadanya. Antara ketakutan ,kerisauan dan ketidak pastian beradun bersama nafasnya di saat itu.

“Dani..oi Mat Dani!Meh sini jap!’
‘Apa dia Yop?’
‘Kalau ko join kitorang arrange bahagian performance mase dinner nanti ok tak?’
‘Errr… aku mana reti Yop. Haiyaa… takde orang lain ker?’ Dia mengelak.
Ayub menjawab dengan nada yakin. ‘Alaa..., kerja simple je. Kau pilih orang untuk perform, lepas itu, kau bagi briefing sikit. Kau tengok-tengok macam tu je. Pastikan semua orang ikut jadual latihan. Kacang jekan?’
Dia termangu sejenak, berfikir.
“Hurmm, kalau camtu, aku layan jela. Kau punya pasal!’
Ayub kegembiraan di saat dia menyatakan persetujuan itu. Dia terasa bebanan di otak Ayub sebagai pengarah majlis makan tahunan itu berkurangan.

“Kenapa kau ambil tugasan tu??!!”
Persoalan itu menghujam fikirannya yang kematu.
Ahhh!!!
Mahu sahaja dia berteriak ke luar angkasa bagi meleraikan keserabutan di fikirannya.
Pergi kau! Pergi!!!!!! Nyah!!!!

Kini, disebabkan peranan yang dia anggap mudah itu, bermulalah episod-episod baru dalam majlis keramaian dan persembahan di dalam masyarakat pelajar Malaysia di Turkey itu. Memang benar, tugasan sebagai ajk persembahan memang mudah.
Kerjanya cuma memilih para performer yang minat untuk membuat persembahan. Ada yang menawarkan diri untuk mengambil pos penyajak, pelakon, nyanyian,kugiran malahan tarian!

Namun yang menggusarkan hatinya adalah apabila dia terpaksa membuat keputusan di dalam pemilihan penari-penari yang akan beraksi di atas pentas yang bakal dihadiri oleh para diplomat dan juga warga asal Turkey itu. Tidak ketinggalan seluruh pelajar Malaysia di negara sekular Turkey yang dijemput ke majlis keramaian tahunan itu. Majlis yang diadakan secara besar-besaran sambil mengutip derma itu perlu dilakukan dengan cara paling baik, kerana melambangkan betapa berprestijnya masyarakat Malaysia di depan mata dunia! Bangganya dia menjadi orang penting di dalam majlis yang mampu memartabatkan maruah bangsa dan negaranya!

Padanya, dia hanya mahu membuat pilihan yang tepat. Mahu menonjolkan yang terbaik tentang Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Termasuklah di dalam aspek tarian. Tarian Melayu, Cina dan India sangat banyak ciri kesenian dan keindahan budaya yang tidak terdapat di dalam masyarakat Turkey di sini. Tentu perbezaan ini akan menarik minat mereka tentang Malaysia dan memperkayakan pengetahuan mereka tentang sebuah negara kecil yang pesat membangun. Dia mahu para penonton itu kagum melihat budaya Malaysia, kagum melihat keindahan seni Malaysia. Tentu mereka merasakan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang moden, yang mengikut peredaran zaman. Apa salahnya jika dia mahu menunjukkan pada mereka akan tarian orang Malaysia juga?

“Danial, awak rasa tindakan awak itu betul ke?’

Humaira, seorang wanita yang wara’ menegurku dengan baik. Dia merupakan seorang wanita muslimah Turkey yang terselamat dari barah sekularisnme Turkey. Walaupun hijab diharamkan di Turkey, tapi dia tetap tegar dengan busana muslimahnya.

Ditegurnya aku di saat dia melihat warga performer berlatih di dewan makan di pusat penginapan mereka. Begitu terkejut dia melihat rakan-rakan Melayunya yang kesemuanya Muslim sibuk berdandan dan melakukan tarian yang mengejutkan aksinya. Muzik yang dipasang ketika itu juga janggal pada telinganya.

‘Apa maksud awak Humaira?’ tanyaku penuh hormat. Dengan wanita sesolehah itu, tidak mampu dia bertentang mata dengannya mahupun meninggikan suara. Di sebelah Humaira ada beberapa rakannya yang menemani perbualan mereka itu. Tidak mahu antara mereka berdua, warga asing ketiga yakni syaitan yang menemani.

‘ Saya nampak tujuan Danial yang mahu mempamerkan sosio-budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Tujuan yang tidak salah pada saya, walaupun pada saya, ada cara lain yang boleh dbuat untuk menunjukkan kebudayaan masyarakat Malaysia selain daripada membuat persembahan ini. Namun saya tahu, Danial hanya mengikut arahan, namun tidakkah boleh jika diubah supaya rakan-rakan muslimah kita tetap terpelihara daripada tontotan umum kaum Adam?’

‘Tapi ini bukan program Islamik, Humaira. Ini program internasional melibatkan semua kaum. Bukan sahaja wanita muslimah yang akan membuat persembahan, tapi warga Cina dan India juga.’
‘Saya faham itu. Saya tahu yang menontonnya juga adalah lelaki muslim. Tentu sahaja kamu berhujah, jika kaum wanita bukan Islam boleh menari, kenapa tidak orang Islam sendiri bukan?
Dia masih tunduk memandang lantai. Dia memang segan dengan Humaira kerana kewarakan dan juga susunan bicaranya yang teratur. Jika yang bercakap dengannya sekarang ini adalah pelajar Melayu, mesti boleh dipatah-patahkan hujahnya dan tentu sahaja dia akan menang. Tetapi dengan Humaira, dengan bahasa Turkeynya yang tunggang langgang, masakan mampu dia melawan muslimah seikhlas itu?

‘Saya tahu kamu hanya menurut arahan, tapi kamu boleh bawa perubahan itu. Tidakkah kamu sedar jika tahun ini tarian itu dipersembahkan oleh wanita muslimah yang kamu masih boleh pelihara maruhanya, kemungkinan pada tahun-tahun mendatang, acara yang sama akan berulang. Malah akan lebih dahsyat lagi!’

Dia masih diam . Mahu mengumpulkan kekuatan untuk berbicara.
‘Apa yang dapat saya lakukan Humaira? Jika tiadanya mereka, takkan adanya tarian zapin Melayu yang telah pun diletakkan dalam tentatif program .Tiada adanya tarian mak yong. Tidak akan adanya silat. Maka bagaimana mampu majlis itu berlangsung dengan baik sedangkan itu perlu ditonjolkan dalam setiap persembahan Malaysia ?’
Sambil menarik nafas dia menyambung.

‘ Apa yang mampu saya lakukan?Mereka sendiri rasa seronok untuk mempersembahkan tarian-tarian itu!’

MasyaAllah! La haula wala quwwata illa billah! Sepatutnya kamu lebih sedar dan peka akan isu ini. Kamukan orang Islam! Kamu berasal dari Malaysia seharusnya kamu lebih tahu tentang Islam dariku. Saya banyak belajar dari buku berbanding kamu tapi saya tahu perbuatan membiarkan wanita muslimah kita menonjolkan diri mereka menerusi tarian yang diperhatikan oleh kaum Adam yang tentunya seronok memerhatikan lenggoknya tubuh wanita menari di hadapan mereka. Tidakkah kamu suka juga memerhatikan mereka menari?’
Dia masih tunduk malu. Mahu dia katakan tidak. Tapi fitrah lelakinya tidak dapat menafikan betapa seronoknya dia melihat perempuan-perempuan yang cantik menari di hadapannya.
‘Danial, demi Allah. Tanyalah iman di dadamu! Adakah mahu engkau membiarkan wanita muslimah itu dihinakan di hadapan lelaki yang tiada imannya? Bagaimana kamu dapat memelihara pandangan lelaki daripada melihat wanita jika mereka ditonjolkan di hadapan mereka? Tidakkah kamu baca firmanNya ‘ Katakanlah kepada lelaki yang beriman , tundukkanlah pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka.’ Katakanlah kepada perempuan yang beriman, tundukkkanlah pandangan mereka , pelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa terlihat pada dirinya. Hendaklah mereka pun menutupkan kain tudung melabuhi dadanya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka, ayah mereka, mertua laki-laki mereka, anak-anak kandung mereka, anak-anak tiri mereka, saudara laki-laki mereka, anak saudara mereka (dari saudara laki-laki mereka), saudara perempuan mereka, anak saudara mereka (dari saudara perempuan mereka), wanita-wanita Islam, budak-budak yang mereka miliki, pelayan laki-laki yang tidak lagi memiliki hasrat seksual atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita?’( An-Nur:30-31)

Petah sekali Humaira membacakan ayat suci Al-Quran itu dengan bahasa Arab yang fasih. Dia masih ingat akan ayat itu. Ayat yang diajarkan kepadanya suatu ketika dahulu tatkala diperingatkan untuk menjaga batasan pergaulannya dengan wanita.
Tapi mengapa ayat itu sudah kurang bergetar pada hatinya kini? Sudah malapkah cahaya iman di hatinya?
‘Tapi Humaira’, mereka yang mahukan sendiri. Saya tidak paksa!’ Dia masih mahu menyelamatkan diri.
‘Kamu seorang lelaki, seharusnya kamu mampu menasihati mereka. Bukankah dalam sebuah hadis, Ummu Salamah pernah berkata, “Aku pernah duduk di samping Nabi saw dan Hafsah, lalu datanglah Ibn Ummi Maktum-dan beliau seorang sahabat Nabi yang buta- meminta izin untuk masuk ke rumah baginda. Kemudian Nabi saw memerintahkan kami untuk memakai hijab. Aku bertanya kepada baginda, “Wahai Rasulullah, dia itu buta, tidak dapat melihat. ( Maka kenapa kami perlu tutup aurat?) “ Baginda bersabda, “Apakah kalian berdua juga buta dan tidak melihatnya?” .
‘Jika seorang sahabat baginda yang buta pun seorang muslimah itu harus memelihara aurat dan perilakunya, maka bagaimana pula seorang muslimah di hadapan ratusan lelaki yang celik matanya? Walaupun mereka semuanya berhijab nanti, tapi tentunya dengan perhiasan-perhiasan yang berlebihan serta pakaian yang cantik akan memukau penonton yang melihat. Tentunya lenggak lengguk si penari akan mengiurkan mata-mata yang melihat dengan pandangan hati yang bernafsu! Tegarkah kamu jika kamu melihat wanita seaqidah denganmu dijadikan begitu rendah nilainya sehingga dipertontonkan sekian rupa?’

Dia masih bisu. Terpukul dengan kata-kata Humaira yang bagaikan panah yang tajam mengenai kalbunya. Dia tahu itu semua! Dia tahu! Tapi apa yang boleh dia buat untuk menangkis kehendak rakan muslimahnya sendiri yang sangat beriya-riya untuk menari. Mereka sendiri sangat seronok untuk memasuki acara itu. Bagaimana dia dapat menghalang mereka?
Dengan penuh kekuatan dia menjawab lemah,
‘ Apa yang saya perlu lakukan sekarang Humaira?’
Dengan tenang Humaira menjawab.
‘Kamu sudah tahu peranan kamu dan kamu tahu perkara itu adalah salah. Maka lakukan sesuatu untuk mengelakkannya berlaku!’
Humaira berlalu pergi bersama teman-temannya, meninggalkan dirinya termangu-mangu berfikir sendirian. Dia malu pada Humaira, wanita Turkey yang baru sahaja mengenakan busana muslimah setahun dua, yang baru mengenali Islam, lalu mengamalkan Islam sepenuh hatinya. Bagaimana dengan dirinya? Dirasakan ilmunya hanya berputar di buku nota dan bibirnya semata.

Dia memandang langit yang hitam pada malam hari itu.

Ya Rabb! Berikan hatiku cahaya untuk melihat kebenaran dan kekuatan untuk berkata-kata di hadapan sahabatku .....

Dia faham, sahabar-sahabatnya sangat berbakat dalam bidang kesenian. Dia tahu mereka mahu mengekspresikan diri mereka dalam tarian itu. Bila lagi masanya untuk menunjukkan potensi diri jika bukan di dalam majlis yang hanya setahun sekali dibuat itu?
Dia menyandarkan diri di balik dinding. Mengeluh panjang...

Bukankah dahulu ada orang mencadangkan untuk diadakan ‘Pesta Makanan Malaysia’? Pesta yang tentunya tidak akan menimbulkan konflik yang berlaku seperti di saat itu. Tentunya lebih seronok. Di samping pesta makan, tentu sahaja dapat dibuat pameran-pameran, petunjukkan yang ringan, dan juga tayangan video tentang Malaysia. Tentu majlis akan lebih terpelihara dan mengurangkan fitnah. Dia pun terfikir mengapa anjuran itu tidak dijalankan?

Dia pernah terbaca sebuah hadis yang berbunyi, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan nama yang lain dan kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.
Akukah yang membiarkan umat Islam itu dilalaikan dengan muzik dan juga nyanyian wanita?
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Akukah yang membenarkan wanita-wanita itu memakai pakaian yang berlebihan? Membenarkan mereka bermake-up berlebih-lebihan? Dan membenarkan mereka mencantikkan wajah dan tubuh mereka di hadapan lelaki bukan ajnabi mereka?

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Akukah yang menjadi punca maksiat kepada umat Muslim di sini? Akukah yang membenarkan mereka memperlakukan diri mereka sesuka hati tanpa teguran?

Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."

Bagaimana mungkin penonton lelaki menundukkan pandangan di sepanjang majlis itu? Mustahill! Tentu mereka mahu melihatnya sehingga habis!

Ya Allah!! Berdosanya aku!!! Apa yang boleh aku lakukan Ya Rab! Bagaimana dapat aku mencegah kemungkaran ini?

‘Ustaz, ana dah tak tahu nak buat apa ustaz....’ Dia menangis di balik gagang telefon ketika dia menghubungi guru lamanya di sekolah, menceritakan bebanan yang berat di dadanya. Di bumi Ankara ini, siapa yang dapat menjadi tempat rujukannya? Siapa yang dapat betul-betul memahami isi hatinya? Di sini , para pelajarlah yang paling tua di antara mereka. Tidak ada ustaz, tidak ada guru sebagai rujukan.

‘Sabar Dani. Ada hikmah di sebalik peristiwa ini. Ustaz yakin banyak benda yang Dany belajar dari episod hidup inikan?’
‘Ana rasa sangat berdosa ustaz. Majlis itu dah habis dah pun. Tapi ana tak dapat mencegah perkara itu dari berlaku. Nanti dosa-dosa semua akan dapat pada ana ustaz! Apa boleh ana buat?’
‘Istighfar Dany. Istighfar. Allah itu Maha pengampun. Tidak ada dosa yang tidak akan diampuninya. Yakinlah. Dany dah buat apa yang Dany mampu, betulkan? Dany sudah menegur mereka. Memberi mereka cadangan untuk menukar tarian tersebut. Mencadangkan supaya diadakah upacara lain ,upacara nasyid dan upacara yang tidak mendedahkan aurat wanita dan melibatkan pencampuran lelaki dan perempuan, semuanya itu mereka tak nak terima bukan?’
Senyap. Hanya dengusan nafas yang berbunyi.
‘Dany dah buat apa yang Dany mampu. Pada pendapat ustaz yang tak maksum ini, perkara ini berlaku kerana satu asbab’.
Dia mendengar penuh khusyuk.

‘ Dan perkara ini bukan sahaja berlaku di Turkey, malah di semua tempat yang hidupnya manusia ini. Iaitu kerana Islam dan iman masih belum masuk ke dalam hati mereka, umat Islam. Kerana tiadanya perasaan bahawa perkara itu berdosa. Tidak merasakan bahawa apa yang dipamerkan itu bukannya Islam. Malah sebenarnya itu adalah budaya jahiliyah! Apabila seseorang itu tidak merasa bangga dengan Islam, malah merasa lebih cintakan negara berbanding Islam, sebab itulah orang sukar nak faham kenapa persembahan seumpama itu , yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan serta menonjolkan aurat wanita di hadapan lelaki tidak dibenarkan oleh Islam. Apabila tujuan kita membuat satu persembahan itu hanya kerana untuk menunjukkan ‘kemalaysian’ kita bukan keIslaman kita! Tentunya sukar orang nak faham kenapa kita perlu menjaga batasan di dalam majlis sebegitu. Islam belum masuk ke dalam hati mereka. Terlalu banyak kefahaman yang masih belum tertanam di hati mereka!Hati dan perasaan mereka masih belum tunduk kepada Islam tetapi tunduk kepada hawa nafsu mereka!’
‘Tapi itulah ustaz, kitakan masyarakat majmuk. Kita tidak mahu menonjolkan sangat bahagian Islam itu sangat. Nanti ada orang bukan Islam akan terasa atau mahu mempamerkan agama mereka’

‘Dah tu? Kenapa nak dibuat juga? Dapat pahala ke kalau buat?’
Dapat pahala? Fikirnya. Tak pernah difikirnya boleh ke buat persembahan itu dapat pahala.. Nak niat kerana Allah pun malu. Sebab dia tidak merasakan apabila melakukan persembahannya itu menambahkan iman dan taqwa kepada ALlah. Berlainan jikalau memang persembahan itu dilakukan untuk menarik orang kepada Islam, hanya dilakukan berasingan lelaki dan perempuan, agar terjaga batas-batas pergaulan di dalam majlis, mungkin dapat dibuatnya secara ikhlas.

‘ Bagaimana ustaz nak buat? Pening kepala ana ini ustaz.’

‘Tak apa Dany. Yang sudah itu biarkan. Yang penting sekarang kene berikan kefahaman kepada rakan-rakan tentang Islam. Apabila seseorang itu faham tentang Islam, tentu dia bangga dengan Islam dan mahu beramal dengan Islam. Tentu tak perlu cakap pun, dia tahu, kalau majlis yang bercampur lelaki perempuan itu salah. Tentu dia merasa malu malah berdosa jika dia melakukan persembahan di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya. Yang penting kena tanamkan iman, kene berikan kefahaman. Kita tidak boleh paksa orang mengikuti Islam tanpa dia merasai manis dan indahnya Islam itu. Apa yang terjadi pada umat Islam sekarang adalah kerana jahilnya mereka tentang Islam bukan kerana jahatnya hati mereka! Kene suburkan iman dan taqwa di hati sahabat-sahabat. Ustaz tahu susah untuk Dany, tapi insyaallah, jika dimulakan sekarang, lama-kelamaan orang akan sedar juga.’

Dany mengangguk setuju, menelan air liur yang kelat. Dia tahu perjalanannya sukar. Tidak ramai orang sukakan usrah, tidak ramai juga suka akan program-program keagamaan. Tapi sepertinya juga, jika seseorang itu faham Islam, dia akan mampu mengubah seluruh dunia ini, malah dia akan meninggalkan segala perkara bukan Islam dan benar-benar meletakkan cintanya kepada Allah semata-mata!

‘Dany, ko ada dengar cerita tak?’ Rahim bertanya kepadanya seusai dia menamatkan perbualannya dengan ustaznya itu.
‘Apa dia?’
‘ Dengarnye, diorg nak buat belly dancing untuk dinner tahun ni.. Pergh.. gile betul!, dah nak jadi ape aku pun tak tau”

Dia merasakan seolah-olah langit menghempap berat mukanya ketika itu. Dia merasakan mindanya berputar-putar dengan hebat. Ya Allah, apa sudah terjadi?
Yang dia ingat di tika itu, matanya berpinar-pinar. Terasa gelap seluruh pandangannya. Terasa sakit seluruh sendinya di saat bertemu lantai batu yang sejuk. Dan dia masih ingat Rahim terus menerus memanggil namanya. Tapi dia tak mengerti apa perkataan sahabatnya selepas itu...
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ ______
Buat sahabat seperjuanganku, jangan gentar dan goyah dalam menegakkan yang hak. Jahiliyah pastikan runtuh dan al-haq pasti akan tertegak! Ujian dan rintangan akan sering menghambat kita, namun tegarlah bersama al-haq, dan peganglah tali Allah dengan sekuat-kuatnya. Nescaya kamu akan sentiasa dibimbing olehNya, Insyaallah!
‘Barangsiapa yang engkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh dia berpegang terus pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus’. (2:256)