salam alaik semua.. :)
ini belum lagi sambungan bg kisah Saidina Ali yg lalu..
ini sekadar selingan..sebagai peringatan buat kita semua..
kisah ini mengenai salah seorang drpd sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
Seperti kita semua tahu, Baginda sangat rajin mendirikan solat sunat dan sebagainya..
apatah lagi dalam solat fardhu, Baginda sangat tekun mengerjakannya.
Kisah ini bermula apabila sahabat ini ingin berimamkan Rasulullah s.a.w apabila beliau melihat Baginda sedang mengerjakan solat fardhu seorang diri di dalam sebuah masjid.Setelah sahabat ini memberi isyarat kepada Rasulullah sebagai tanda ingin menjadi makmum, Rasulullah terus menguatkan suaranya dalam bacaan dan menjadi imam.Ketika ini, sahabat sangat gembira kerana beliau berpeluang menjadi makmum kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.
Keesokan harinya sahabat ini memberitahu para sahabat yang lain mengenai pengalamannya berimamkan Rasulullah s.a.w
Para sahabat yang lain mengatakan betapa bertuahnya jika dapat mendirikan solat bersama- sama Baginda.
Namun, sahabat ini terus berkata, "Wahai sahabatku, sesungguhnya saya tidak tahu jika anda semua mampu dan mempunyai kudrat untuk bermakmumkan Rasulullah s.a.w."
Para sahabat yang lain sangat terkejut apabila beliau berkata sedemikian..
Lalu sahabat ini bercerita,
" Pada mulanya aku amat gembira kerana dapat mendirikan solat berimamkan Baginda. Bacaan Rasulullah sangat merdu.Namun, pada rakaat pertama aku sangat terkejut kerana Rasulullah membaca surah Al-Baqarah seusai bacaan Al-Fatihah.Selesai sahaja surah Al-Baqarah aku terus bersedia untuk rukuk tetapi Rasulullah s.a.w terus menyambung bacaannya dengan surah Al- Imran.Aku terus menunggu dan menghayati bacaan Baginda", cerita sahabat ini penuh bersemangat.
" Kemudian apa yang terjadi? ", tanya para sahabat yang lain.
" Selesai sahaja surah Al-Imran, aku pun terus bersedia untuk rukuk kerana aku kira sudah kebiasaan Rasulullah untuk membaca dua surah pada setiap rakaat.Rupa-rupanya, tanggapanku salah..Baginda terus menyambung bacaannya dengan surah An-Nisa'. Pada saat ini aku sangat terharu dengan cara Rasulullah mengerjakan solat.Kemudian Rasulullah terus rukuk dan sujud selepas bacaan An-Nisa'. Setiap rukuk dan sujud Baginda pula sama dengan masa Baginda berdiri pada setiap rakaat. Ya Allah, tika ini aku berasa sangat kerdil di sisi Allah S.W.T ," sambung sahabat ini.
Para sahabat lain sangat terkejut dengan kisah yang diceritakan oleh sahabat mereka. Mereka sangat kagum dengan cara Rasulullah mendirikan solatnya.
Baginda yang dijanjikan syurga oleh Allah mendirikan solat seperti seorang yang banyak melakukan dosa apatah lagi kita yang hanya seorang hamba Allah yang hina. Rasulullah s.a.w kekasih Allah mendirikan solat seperti ini sehinggakan ada riwayat sahih mengatakan,Nabi Muhammad s.a.w mendirikan solat sehingga bengkak kakinya.Kita boleh lihat sendiri betapa besarnya cara Rasulullah melahirkan rasa kesyukurannya kepada Maha Pencipta. Namun ada antara kita yang lambat mendirikan solat.Ada juga yang tidak cukup solat fardhu sehariannya.Paling menyedihkan ada juga yang tidak mendirikan solat langsung kerana sibuk dengan hal duniawi.
Jadi marilah kita bersama-sama memasang tekad untuk meningkatkan lagi kualiti dan mentahsinkan lagi solat kita.Ingat, solat itu tiang agama.Tanpa ia, runtuhlah agama kita. Semoga kita bersama-sama menjadi ummah yang cemerlang dengan mengambil Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh ikutan yang terbaik.Wallahualam... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 coretan hati:
Post a Comment