Social Icons

March 20, 2010

Alpakah Kita ?



Ketika kanak-kanak,menangis ku kerana haus dan lapar..menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,menangis ku kerana inginkan barang permainan,menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.
Ketika usiaku menjangkau awal remaja,menangis ku
kerana rakan-rakanku,menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang
bertentangan dengan jantinaku,menangis ku kerana aku gagal dalam
bercinta,menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,menangis
ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan
jejaka,menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba
ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,aku mungkin
menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku,
memerah keringatku,menangis aku kerana anak-anak ku,menangis ku kerana isteri
atau suamiku,menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang
sempurna,menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada
keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..aku menangis
kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,menangis aku kerana
kesihatanku yang sudah mula merosot,menangis aku kerana anak-anakku pergi
meninggalkan aku berkhidmat utk keluarganya,menangis aku kerana jarum silih
berganti menusuk kulitku,menangis aku kerana aku bakal meninggalkan
dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA!
mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan
usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk
menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis
kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita
alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA. Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Illahi,namun kita gagal
untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis
balasan sekalipun..

Masihkah anda ingat? Bilakah kali terakhir anda
menitiskan air mata. Tidak kiralah, anda menangis kerana kegembiraan atau
disebabkan hal-hal sedih yang membuatkan air mata tidak dapat disekat-sekat
lagi..Renung-renungkanlah ...