Social Icons

May 16, 2010

Menjaga Hati :)

Assalamualaikum.Sesungguhnya, setiap perbuatan dan amal kita itu bermula dengan niat. Niat pula datang dari hati. Sememangnya, niat yg tulus utk melakukan perbuatan yg baik dtg dr hati yg bersih.Justeru, amat penting bg kita semua utk menjaga hati sebaik-baiknya. Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. :)

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.


Semoga kita semua berjaya memelihara dan menjaga hati kita dari dipengaruhi dan dikotori oleh perkara2 yg tidak elok yg sememangnya boleh merosakkan hati.InsyaAllah :)
Selamat beramal!

4 coretan hati:

LynaLysa said...

salam.boleh tolong elaborate pasal point "belanja orang makan" tu?

batch 0711 said...

salam.belanja orang makan?haha..biarlah sy try hurai skit..act,bila anda berbelanja orang makan.sememangnya Allah akan merahmati kamu.Sepertimana Hadis Rasulullah S.A.W : Tidak beriman seseorang itu jika dia tidur dalam kekenyangan,sedangkan jiran tetangganya menangis kerana kelaparan.Kat situ dah nampak akan kepentingan belanja orang makan.Belanja nie kalaw ikut syariah islamiah pun dikira sebagai sedekah juga.Jadi bila bersedekah,hati anda kan menjadi tenang kerana masyarakat tidak memandang serong mahupun memikirkaN anda sebenarnya seorang yang sombong..tu sahaja kot..haha..dari ilmu yang sikit nih..haha..salam

BADAN AGAMA ISLAM said...
This comment has been removed by the author.
BADAN AGAMA ISLAM said...

syukran jazilan 0711! :)
Allah yabaarik fik..
mge sme2..m'dapat keberkatan dan rahmat dr Allah S.W.T
Aminn..