Social Icons

August 14, 2010

Kerana Sebiji Epal

Hari itu cuaca tersangat panas. matahari memancar terik sejak dari pagi. anak Khalifah Umar Abdul Aziz yang paling bongsu berasa sangat lapar lalu meminta makanan daripada ibunya, Fatimah..tapi ketika itu Fatimah belum memasak apa-apa makanan lagi..
'pergilah berjumpa dengan ayahmu di baitulmal. mungkin dia dapat memberikan kamu sesuatu yang dapat dimakan,' kata Fatimah.
Anak itu pun berlari2 mndapatkan ayahnya.

Ketika itu Khalifah Umar Abdul Aziz bersama orang pembantunya sedang mengira buah epal bagi dibahagikan kepada mereka yang layak menerimanya. tiba-tiba masuk anak yang kecil itu lalu mengambil sebiji epal itu dan hendak memakannya. Khalifah Umar Abdul Aziz segera merebut buah epal itu daripada mulut anaknya hingga anak itu menangis lalu berlari pulang ke rumahnya...

'Wahai Amirul Mukminin, anak itu sedang lapar. kita mempunyai banyak buah epal bagi diberikan kepada orang ramai. sekiranya hilang sebiji, tentu tidak menjadi apa-apa kerugian,' kata Sahal , adik Khalifah Umar Abdul Aziz yang turut brada di situ..

Dia tidak sampai hati melihat anak saudaranya yang sedang lapar itu menangis apabila sebiji epal yang hendak dimasukkan ke dalam mulut direntap oleh ayahnya..

Khalifah Uma Abdul Aziz cuma berdiam diri mendengar kata-kata adiknya itu. hatinya sendiri ketika itu sedang rusuh. Dia terpaksa memilih antara keredhaan Tuhan dengan kemahuan anak kesayangannya. Dia mengutamakan keredhaan Tuhan.
selesai kerjanya di baitulmal, khalifah Umar Abdul Aziz pulang segera ke rumah. dia tercium bau buah epal pada mulut anaknya.. khalifah Umar segera mendapatkan isterinya..

' Wahai Fatimah, daripada mana kamu dapatkan buah epal untuk anak kita?' tnya Khalifah Umar.

'Anak itu sedang kelaparan kerana mahu memakan buah epal. lalu saya belikan sebiji di pasar. itu yang dimakannya buat mengalas perut,' jawab Fatimah
sambil menagis Khalifah Umar Abdul Aziz pun berkata, ' wahai isteriku Fatimah, ketika saya merebut buah epal itu daripada mult anak kita , saya mersakan seperti meragut jantung saya sendiri...tetapi apakan daya kerana takutkan api neraka yang membakar anak kita, saya ambil juga buah epal itu daripada mulutnya'....

Beginilah kehidupan khalifah Islam pada zaman dahulu...bagaimana pula kita?
Renung-renungkan :)

0 coretan hati: