Social Icons

November 27, 2010

Wanita dan sifat malu

Kita sering mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang manakala wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi, keiginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di pasaraya, di perhentian bas, bahkan di mana-mana sahaja sekiranya ada ruang dan peluang.

Selagi usikan itu tidak dihiraukan oleh wanita, selagi itulah lelaki terus mencuba dan terus mencuba. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : " Terdapat 99 tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."


Semua tindakan yang dilakukan oleh wanita sering menjadi perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi. Apabila berbuat jahat, diminati. Apabila memakai pakaian menutup aurat, dilihat menawan. Apabila berpakaian menjolok mata, dilihat menggoda. Oleh itu, Allah mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu, mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak mendedahkan aurat, dia takut orang akan mengganggunya. Kalau hendak berjalan seorang diri, dia takut kalau ada orang yang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tetapi, bagaimana kalau tidak malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang menganggu dan mengusik bahkan mereka berasa senang, seronok dan bahagia apabila dalam keadaan sebegitu. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Rasulullah S.A.W. bersabda : " Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu. " Hadis ini merupakan indiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Jadi hiasilah malu dalam dirimu.


2 coretan hati:

Anonymous said...

malu itu penting adik2ku..

:)

CikguShasha ^ ^ said...

mohon share,,saya sudah sertakan link awak sekali di blog saya =)