Social Icons

March 7, 2012

fikir sejenak

Assalamualaikum wbt.

Kita tahu betapa kejamnya orang kafir quraisy menentang jihad kaum Islam suatu masa dahulu, kita sedar betapa agama kita menderita demi menegakkan kebenaran yang satu, kita faham betapa zalimnya umat Islam didera, dihina, dicaci dan didusta.

Ya, mungkin sahaja sekarang semua itu sudah tiada, mungkin sahaja kita tidak lagi perlu berselindung dan berasa takut, mungkin sahaja agama kita sekarang sudah dipandang tinggi dan dihormati.

tetapi, janganlah kita terlalu leka, terlalu menikmati kebebasan dan kemewahan yang sedia ada. terlalu khusyuk akan persekitaran yang ada hanya di depan mata. terlalu memikirkan tentang diri kita dan hanya kita.

Ayuh, marilah kita luaskan perspektif. marilah kita pandang dari sudut yang lebih jauh. marilah kita fikir sejenak. marilah kita luangkan masa sebentar.

kita masih ada ibu bapa, kita masih punya keluarga, kita masih berduit untuk belanja, kita masih memakai pakaian serba baharu, kita masih beratapkan bumbung rumah, kita masih makan makanan yang enak-enak belaka, kita masih menuntut ilmu dan kita masih berkemampuan.

Oleh itu, selagi kita mempunyai masa yang banyak ini, tunjukkanlah simpati kepada mereka yang nasibnya tidak sebaik kita. mereka memerlukan kasih, bantuan dan tunjuk ajar. carilah segala cara yang termampu. Ingat, dunia tidak lagi sukar macam dahulu. segala alternatif sudah terpampang jelas di mata kita. 

tunjukkan yang kita ambil berat, tunjukkan yang kita juga mahu membantu.


video di atas adalah antara contoh apa yang saya maksudkan. BERUSAHALAH, banyak lagi yang memerlukan masa dan simpati anda.

InsyaAllah, Allah SWT membalas usaha kita ini dengan pahalanya.

0 coretan hati: