Social Icons

April 4, 2008

kenapa??


Kenapa saya DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut, 29:2-3)...

Kenapa saya TAK DAPAT APA yang saya IDAM-IDAMKAN?

"…dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (AlBaqarah,2:216)

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah,2:286)




rasa FRUST?

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imran,3:139)

BAGAIMANA HARUS saya MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Ali Imran,3:200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah, 2:45)

“wahai org2 yg beriman! Mintalah pertolongan dgn bersabar & dgn solat, kerana sesungguhnya Allah bersama-sama dgn org yg sabar” (alBaqarah,2:153)

APA YANG saya DAPAT daripada SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...” (At-Taubah,9: 111)



KEPADA SIAPA saya BERHARAP?


"…Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya saya bertawakkal, dan Dialah yg mempunyai Arasy yg besar" (At-Taubah,9:129)

“demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dgn sedikit perasaan takut, lapar & kekurangan dari harta, jiwa & hasil tanaman, & berilah khabar gembira kpd org2 yg sabar. Iaitu org2 yg apabila ditimpa kesusahan, mereka berkata: ‘sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah & kpd Allah jualah kami kembali’. Mereka itulah org2 yg mendapat petunjuk hidayahya” (alBaqarah,2:155-157)

saya DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf,12:87)

(petikan ini diambil dari houri di www.ukhwah.com)

2 coretan hati:

Anonymous said...

salam alaik.
artikel ini bnyk memberi kesedaran pd sy. lbh2 lg bnyk perkara yg tlh berlaku dlm hdp sy akhr2 ni.kematian demi kematian, salah fhm dlm persahabtan, mslh keluarga dan bnyk lagik.sy brada dlm kegeliruan. namun, terima kasih, badai kerane tlh mengingtkan sy agr kmbali ke jln yg benar. manusia mmg tak boleh lari dari masalah. namun, bagaimana ingn menghadapinnya? rujuk semula Alquran. dan berdoalah kpd yang Maha Esa. insyaAllah, segala masalh akn berjaya diatasi dngn tenang. hadapilah ujian tuhan dngn tabah.pertolongan untuk hambanNya sentiasa ada.

Anonymous said...

salam alaik.
artikel ini bnyk memberi kesedaran pd sy. lbh2 lg bnyk perkara yg tlh berlaku dlm hdp sy akhr2 ni.kematian demi kematian, salah fhm dlm persahabtan, mslh keluarga dan bnyk lagik.sy brada dlm kegeliruan. namun, terima kasih, badai kerane tlh mengingtkan sy agr kmbali ke jln yg benar. manusia mmg tak boleh lari dari masalah. namun, bagaimana ingn menghadapinnya? rujuk semula Alquran. dan berdoalah kpd yang Maha Esa. insyaAllah, segala masalh akn berjaya diatasi dngn tenang. hadapilah ujian tuhan dngn tabah.pertolongan untuk hambanNya sentiasa ada.