Social Icons

January 1, 2010

PMR o PMR


KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR2009)Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah mengumumkan keputusan PMR2009 pada Khamis, 24 Disember 2009. Seramai
172 orang calon Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya telah menduduki PMR2009.
Keputusan yang diumumkan menyaksikan 161 daripada 172 orang telah berjaya
mendapat 8A atau 93.6% mendapat semua A. Keputusan ini adalah satu pencapaian
yang bersejarah kerana pencapaian yang diperolehi ini adalah pencapaian
tertinggi PMR/SRP sepanjang penubuhan Sekolah Seri Puteri. Keputusan ini juga
sekaligus menobatkan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya sebagai sekolah yang
menduduki TEMPAT PERTAMA PERINGKAT KEBANGSAAN bagi kategori Sekolah
Harian/Sekolah Berasrama Penuh/Maktab Rendah Sains Mara/SMKA. Lima mata
pelajaran mencapai keputusan 100% A iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Kemahiran
Hidup, Pendidikan Islam dan Geografi. Tiga .... baca selanjutnya di http://www.seriputeri.edu.my/



salam semua, satu berita yang menggembirakan. belum terlambat untuk saya, wakil badai ingin mengucapkan tahniah kepada adik2 sekalian yangg telah bekerja keras. tidak lupa juga seklaung tahniah kepada guru- guru. jasamu tetap dikenang. mana mungkin kejayaan ini tidak diraikan. segala usaha telah berbalas. namun, jgn lupa pada Pencipta. yang mengizinkan ia berlaku. jangan lupa kepada Dia yang lebih mengetahui keperluan kita. jadi adik2, sudah sujud syukur??


syukur Allahamudulillah kerana masih hidup dan mampu menatap slip keputusan itu. teruskan hidup anda! masih jauh lagi perjalanan anda di muka bumi ini.


(selingan, alfatihan buat allahyarhamah Siti Hajar yang telah kembali ke rahmatullah 28hb december, sempat arwah mengecapi kegembiraan keputusan 8a, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin)


sambung berbincangan. dengan nikmat yang masih kita kecapi, keupayaan yang masih ada, jom kita singkap 3 cara mudah untuk bersyukur.


a) bersyukur dengan hati


bagaimana ingin bersyukur dengan hati? mudah. beryukur dengan hati bermaksud hati mengakui adanya nikmat, dan pengakuan hati adalah pengakuan yang paling jujur. dari hatilah terpancar ke luar, perbuatan, percakapan. semuanya bermula dengan hati. hati yang pandai berasakan nikmat akan menjadi pandai bersyukur. hati yang pandai bersyukur akan menjadikan nikmat tadi bertambah dan semakin melimpah dan kerananya dia akan terasa bahagia. jika hati bersyukur, maka percakapan dan perbuatan pun akan turut bersyukur.

b)bersyukur dengan percakapan


ungkapkan syukur dan rasa berterima kasih.Allahamdulillah. segala puji bagi Allah. mudah kan??


c) bersyukur dengan perbuatan


menghargai pemberiaan dan tidak mensia-siakannya. dalam konteks adik2, hargailah 8a anda dengan terus berusaha untuk berjaya dalam semua perkara dan juga menambah amal dengan lebih mendekatiNya. orang yang bersyukur pada Rabnya akan menggunakan nikmaat yang diperolehinya sesuai dengan maksud penciptaan atau tujuan pemberiaan nikmat tersebut. bekerja atau belajar, asalkan tidak ditujukan untuk perkara-perkara yang haram dan dilarangNYa, merupakan ibadah dan ungkapan syukur kepadaNYa.


"bekerjalah wahai keluarga Daud sebagai tanda syukur." [saba': 13]

so, jom sama2 tingkatkan tahap kesyukuran kita kepadaNya. mudah kan?? =)
wassalam.

0 coretan hati: