Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah SWT daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu"; akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendak-Nya". Sesungguhnya perkataan 'kalaulah' hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.
Wahai akhowat dan ikhwanku sekalian..
ingatlah..setiap apa yg t'jadi kepada kita, itu adalah perkara terbaik yang Allah S.W.T telah tentukn kpd kita.Jangan terlalu cepat mengeluh dangan dugaan yg menimpa diri.
Kita akan berasa tenang dan syukur apabila kita yakin setiap perkara yg t'jadi itulah yang terbaik dan ada hikmah disebaliknya.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. :)
Jgnlah sesekali kita berfikir Allah menurunkn bala kepada kita kerana tidak sayangnya Dia kepada kita.
Kita harus ingat, setiap ujian yang diberikan sebenarnya satu rahmat Allah kepada kita.Rahmat itu bermaksud kasih sayang. Allah ingin kita sentiasa ingat kepadaNya seperti mana Allah tidak melupakan kita dan sayang kepada kita, hamba-Nya.Semoga kita sentiasa terpilih dalam mengikuti jalan yang lurus yakni jalan yang diredhai-Nya.Aminn..
Yakinlah selalu, Allah mengatur segalanya yang terbaik dlm kehidupan kita.
Dialah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang! :)
0 coretan hati:
Post a Comment