Social Icons

March 3, 2010

Kekasih Allah S.W.T :)

Assalamualaikum semua!

Walaupun Maulidur Rasul baru shj berlalu, jgn sesekali kita melupakan Baginda.Sentiasalah berselawat kepadanya sebagai tanda ingatan kita.terdapat juga hadis mengatakan bahawa kita akan peroleh lindungan syafaat tika di Padang Mahsyar drpd Rasulullah s.a.w jika kita sentiasa berselawat kepadanya.Kita juga haruslah mengikuti segala yang diajar oleh Baginda dan mengamalkan sunnahnya juga sebagai tanda kita menyayanginya. Sesungguhnya kasih sayang Rasulullahkepada kita, umatnya tidak terkata. Sampaikan hingga waktu genting wafatnya, Nabi Muhammad s.a.w masih ingat pada umatnya.

Ketika malaikat Jibril turun dan duduk tepat di sisi kepala Rasulullah s.a.w, Rasulullah bertanya kepadanya:

“Apakah engkau sudah tahu kalau ajalku sudah dekat?”

“Benar, ya Rasul.” Jawab malaikat Jibril.

“Maka beritakan kepadaku (Rasulullah s.a.w) akan kemuliaan yang akan menggembirakanku di sisi Allah S.W.T.”

“Semua pintu-pintu telah terbuka.Dan para malaikat sudah berbaris menanti kehadiran rohmu dilangit.Pintu-pintu syurga telah terbuka, dan bidadari-bidadari sudah bersolek menanti kehadiran rohmu.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Segala puji bagi Allah wahai Jibril, berilah aku khabar gembira mengenai umatku kelak di Hari Kiamat.”

Jawab Jibril,”Bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman:

“Sesungguhnya sudah Aku larang semua Nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau memasuki lebih dulu. Dan Aku larang semua umat sebelum umatmu masuk lebih dulu.” (Hadis Qudsi)

Sabda Rasulullah saw: ”Sekarang sudah puas hatiku dan hilang pula kesusahanku.” Selanjutnya Baginda bersabda: ”Wahai malaikat maut, mendekatlah kepadaku.”

Dari Annas bin Malik r.a. ia berkata: ”Ketika roh Nabi Muhammad s.a.w sampai di dada, baginda bersabda: ”Aku berwasiat kepada kalian, agar kalian memelihara solat, dan apa-apa yang menjadi tanggungjawabmu …” Kata Annas r.a, ”Masih saja Baginda ingin mewasiatkan dua perkara ini, sampai perkataannya putus.“ (Hadis Sahih).

Kata Saidina Ali ra.: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menjelang ajalnya,kedua bibirnya bergerak-gerak dua kali, kemudian saya mendekatkan telinga,saya mendengar Baginda mengucapkan perlahan-lahan, ‘Ummatku … ummatku …’.

Dalam khutbah Nabi Muhammad s.a.w yang terakhir, Baginda sempat menyampaikan pesanan terakhir kepada umatnya.Begitu sayangngya Rasulullah s.a.w terhadap umatnya,di akhir khutbah Baginda berkata :

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Melalui ini, kita boleh lihat betapa dalamnya kasih sayang Nabi Muhammad s.a.w tehadap kita.Sememangnya, Baginda mahu kita semua akan terus dibimbing ke jalan yang diredhai berpandukan Al-Quran yakni panduan sepanjang zaman dan sunnah Baginda yang kita amalkan.

Terdapat juga satu kisah, ketika itu Nabi Muhammad s.a.w sampai di satu tanah perkuburan bersama-sama beberapa sahabat Baginda.Nabi lihat pada kubur-kubur itu dan baginda tahu akan wafat. Baginda pun berkata, “alangkah baiknya jika aku dapat bersama saudaraku”. Kemudian sahabat berkata, “ bukankah kami saudaramu?” Nabi Muhammad s.a.w menjawab, “ kamu sahabatku dan saudara yang ku maksudkan ialah umatku yang akan datang”. Disini, kita sedar betapa Rasulullah s.a.w rindukan kita sedangkan pada waktu itu kita semua tidak wujud lagi. Rindunya Baginda kepada kita diumpamakan seperti seorang lelaki yang termenung di tepi tingkap.Apabila ditanya mengapa termenung, lelaki tersebut menjawab rindunya dia akan bakal isteri.Namun apabila dia ditanya siapakah bakal isterinya, dia menjawab tidak ada lagi. Begitulah tingginya cinta Nabi Muhammad s.a.w pada umatnya.Sangat indah.

Sesungguhnya, cinta kita pada Nabi Muhammad s.a.w juga merupakan suatu rahmat. Cinta kepada Allah dan Nabi-Nya merupakan salah satu kunci menuju syurga. Hadis berikut menjadi bukti. Seorang badui bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang saat terjadinya Hari Kiamat. Baginda berkata, “Hari Kiamat pasti akan tiba. Apa yang telah kamu persiapkan untuk menerima kedatangannya?”
Orang itu berkata, “Ya Rasulullah, aku tidak mempersiapkan diri dengan puasa dan amal soleh yang banyak, tetapi aku mencintai Allah dan Nabi-Nya.” Nabi
Muhammad s.a.w bersabda, “Kamu akan beserta mereka yang kamu cintai.” Anas mengatakan ketika mendengar hal itu, orang-orang Islam sangat bersuka cita lebih dari sebelumnya. Anas berkata, “Oleh kerana itulah, aku mencintai Nabi, Abu Bakar dan ‘Umar, dan aku berharap bahawa aku akan beserta mereka kerana kecintaanku kepada mereka, walaupun amalku tidak bisa menyamai amal mereka.”

Oleh itu,kita semua harus bersyukur menjadi umat pada Rasulullah s.a.w.Jadi, marilah kita sama-sama menjadi umat yang taat dan berusaha mengerjakan apa yang diajar oleh Baginda. Berselawatlah sentiasa kepada Rasulullah sebagai tanda cinta kita kepadanya. Amalkan juga apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T.Semoga kita bersama-sama memperoleh syafaat daripada Nabi Muhammad s.a.w di Padang Mahsyar kelak.Aminn… :)

0 coretan hati: