assalam :)
pada 13-15 april yang lalu, Badan Dakwah Islamiah(BADAI) Sekolah Seri Puteri,Cyberjaya telah mengadakan kursus imamah & naqibah ( kem jiwa taqwa) bertempat di SUKIDA resort,semenyih,selangor..
program ini adalah jalinan kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak unit dakwah jabatan agama islam selangor..program ini dihangatkan lagi dengan bantuan fasilitator dari persatuan belia masjid negeri selangor..
pihak sekolah telah menghantar para serikandi Islam seramai 100 orang yang terdiri daripada adik-adik tingkatan 1 hingga kakak-kakak tingkatan 5..yang muda tak dilupai, yang tua disayangi..
sekalung ucapan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan program ini..moga dengan program yang telah diadakan ini dapat membantu para imamah & naqibah menjalankan tanggungjawab & amanah yang telah dipikulkan oleh pihak guru-guru..moga BADAI SSP terus menjulang cemerlang dalam menegakkan agama Islam...
Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.
Dari hadis ini jelaslah bahawa tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan diri dari tanggungjawab, dan tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan tugasnya terhadap masyarakat dan semuanya akan ditanya oleh Allah apakah tanggungjawab kita itu
dapat dilaksanakan dengan baik atau tidak.
~ pangkat & jawatan datang dengan amanah & tanggungjawab ~
0 coretan hati:
Post a Comment