Social Icons

March 28, 2008

FAKTA: april's fool



terdapat pelbagai sumber yang menceritakan berkenaan April's Fool. walau bagaimanapun, cerita-cerita tersebut berasaskan untuk menjatuhkan dan memperbodohkan umat Islam di Sepanyol.

sumber pertama

  • dikatakan bahawa ketika itu Sepanyol masih lagi berada di bawah pemerintahan Islam
  • kaun Nasrani di Barat cuba untuk merampas kuasa Islam
  • mereka membekalkan alkohol dan rokok secara percuma kepada penduduk Islam di Sepanyol
  • teknik ini mampu melemahkan keimanan generasi muda Sepanyol
  • akhirnya, mereka berjaya menawan seluruh Sepanyol sekali gus memecah sejarah kegemilangan pemerintahan ISlam selama 800 tahun dngn kejatuhan Kota Granada pada 1 April.
  • puak Nasrani merayakan hari tersebut kerana berjaya menipu umat Islam
sumber kedua

  • dipercayai dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol
  • selepas pemerintahan Islam di Sepamyol mecapai kegemilangan berkurun-kurun lamanya, akhirnya runtuh diserang tentera Nasrani
  • penduduk Islam di Sepanyol ( Moors) terpakasa berlindung di rumah masing-masing untuk menyelematkan diri
  • puak Nasrani berhasrat ingin menghapuskan penduduk Islam dengan menggunakan teknik dusta
  • mereka memberitahu umat Islam bahawa dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama harta benda dengan menggunakan kapal-kapal di pelabuhan
  • orang-orang Islam berasa risau dengan tawaran tersebut dan melihat keadaan kapal di pelabuhan dan mereka berpuas hati.
  • pada 1 April, umat Islam bersiap sedia ke pelabuhan untuk berlayar
  • ketika umat Islam meninggalkan rumah mereka, puak Nasrani menggeledah dan membakar rumah mereka. kapal-kapal juga turut dibakar
  • pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh mereka
  • peristiwa ini kemudiannya diraikan oleh tentera Nasrani saban tahun sebagai kejayaan memperbodohkan umat Islam.
kematian mereka bukan disambut dengan kesedihan tetapi sebaliknya disambut dengan kemeriahan seolah-olah mereka sebahagian dari tentera Salib yang bertanggungjawab membunuh sejumlah besar umat Islam di Sepanyol suatu ketika dahulu.

Rasulullah pernah berpesan yang bermaksud " Besarlah khianat apabila engkau berbicara dengan saudaramu suatu perkara yang dia percayakannya sedangkan engkau hanya berbohong kepadanya " riwayat Bukhari, Ahmad dan At-Tabrani

syarak juga tidak pernah menghalalkan pembohongan untuk tujuan lucu atau kelakar
Nabi S.A.W bersabda " celakalah bagi orang yang bercakap dengan percakapan lucu dan kelakar dengan tujuan membuat orang lain ketawa, lalu dia berbohong, celakalah baginya, celakalah beginya.. raiwayat Abi Daud

membuat lucu dan kelakar dengan berbohong adalah satu pengkhianatan terhadap kepercayaan orang lain terhadap kita.

layakkah satu kepercayan dibalas dengan satu pengkhianatan?
bagaimana jika pihak yang menjadi mangsa tidak memafkan kita selama-lamanya?
bukankah ini mengundang kecelakaan dan azab pedih di akhirat nanti?


petikan dari MAJALH HALUAN EDISI APRIL/MEI 2007

0 coretan hati: